top of page

Parti Bersama bakal ikut jejak langkah Pejuang, Semangat 46 - Penganalisis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Seorang ahli akademik menyifatkan Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang diasaskan Datuk Seri Rafizi Ramli bakal berakhir sebagai parti yang sekadar boleh buat bising di media sosial atau pentas ceramah tetapi gagal memberi impak di Parlimen.


Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin dipetik laporan media berkata, parti Bersama hampir pasti akan bernasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Bandingkan sahaja rekod Rafizi dengan rekod Dr Mahathir yang memerintah negara selama 22 tahun, membangunkan Langkawi, membina Putrajaya dan KLIA tetapi tetap hilang deposit di kubu sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15.


"Calon-calon parti Pejuang yang beliau tubuhkan pula hilang deposit di hampir semua tempat. Jika nama sebesar Mahathir pun boleh ditolak mentah-mentah oleh pengundi, apatah lagi Rafizi," katanya.


Mashitah sebagai mengulas pandangannya menambah, politik Malaysia tidak pernah memihak kepada parti yang hanya bersandarkan satu individu tertentu.


Parti personaliti seperti yang mengasaskan Semangat 46 atau Pejuang jelasnya semua tenggelam dan kehilangan sokongan selepas satu atau dua pilihanraya.


"Rafizi hanya menjadi Menteri Ekonomi kurang daripada tiga tahun dan tidak mempunyai jasa serta legasi besar seperti rekod pembangunan fizikal di mana-mana kawasan.


"Pengaruh beliau tertumpu di kawasan bandar besar seperti Pandan dan Setiawangsa sahaja, tetapi itu tidak cukup untuk menang di peringkat nasional," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page