Rakyat Selangor berhak dapat lebih baik: PN gagal tawar alternatif — Azli Yusof
- Suara Keadilan

- May 25
- 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) terus mempertahankan rekod pentadbiran cemerlang dan telah menunjukkan prestasi lebih baik berbanding mana mana negeri yang ditadbir pembangkang Perikatan Nasional (PN).
Naib Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Azli Yusof (gambar), berkata Selangor telah diperintah PH selama lebih tiga penggal dan pencapaian Kerajaan Negeri jelas terbukti melalui pelbagai dasar serta inisiatif yang dilaksanakan.
Menurut beliau, dakwaan pembangkang PN baru baru ini kononnya rakyat Selangor berhak mendapat sesuatu yang lebih baik dilihat kabur kerana mereka tidak pula menyertakan cadangan atau alternatif yang mahu ditawarkan.
"Pembangkang kata Selangor patut dapat yang lebih baik daripada apa yang Kerajaan Selangor bagi hari ini, tetapi mereka tidak tunjukkan apa perkara lebih yang sepatutnya rakyat dapat itu kerana mereka sedar Kerajaan Selangor sudah buat lebih baik berbanding negeri yang mereka perintah," ujarnya dalam hantaran di media sosial.
Beliau menegaskan bahawa prestasi pentadbiran Selangor membuktikan kemampuan PH dalam mengurus negeri secara berkesan sejak 2008, sekali gus menangkis naratif yang cuba dibawa oleh pihak lawan.




Comments