top of page

Pertemuan Saifuddin-Abang Jo tekankan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
18 minutes ago
1 min read
Pertemuan antara DS Saifuddin (kiri) dan TS Abang Johari semalam dalam suasana ceria
Pertemuan antara DS Saifuddin (kiri) dan TS Abang Johari semalam dalam suasana ceria

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan beberapa isu berkepentingan bersama membabitkan keselamatan, politik, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.


Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan berkata, pertemuan itu berlangsung ketika kunjungan beliau ke Sarawak, semalam.


Menurutnya, kedua-dua pihak bersetuju bahawa kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat perlu terus menjadi keutamaan.


"Kami bersetuju bahawa kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat harus terus menjadi keutamaan.


"Semangat saling menghormati, persefahaman dan kepercayaan perlu terus menjadi asas hubungan Persekutuan-Sarawak," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Beliau turut menghargai komitmen dan sokongan Sarawak terhadap usaha Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kestabilan politik serta kesinambungan pentadbiran negara.


Katanya, kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pihak amat penting bagi membolehkan kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan ekonomi, pelaksanaan reformasi serta kesejahteraan rakyat.


"Kerjasama serta persefahaman ini amat penting bagi membolehkan kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan ekonomi, pelaksanaan reformasi dan kesejahteraan rakyat," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page