Rakyat makin bijak, muak politik pecah belah - Danish
- Azuan Ab Rahman

- 2 hours ago
- 1 min read

Kehadiran memberangsangkan orang ramai ke setiap sesi ceramah isu semasa anjuran Pakatan Harapan (PH) Selangor menjadi bukti rakyat semakin matang dan bijak menilai landskap politik semasa.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Danish Hairudin (gambar) berkata rakyat tidak lagi mudah terpengaruh dengan politik kebencian dan permainan persepsi yang hanya memecahbelahkan masyarakat.
"Lebih 500 rakyat sekitar Jalan Kebun hadir ke ceramah isu semasa di Sungai Kandis bukti nyata rakyat mahu politik stabil, matang dan berfakta.
"Sambutan luar biasa ini memberi keyakinan semangat perjuangan ini masih kuat dan InsyaAllah kita bakal menawan kembali DUN Sungai Kandis pada pilihanraya akan datang," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
PH Selangor menganjurkan ceramah kelompok di DUN Sungai Kandis semalam sebagai kesinambungan sesi penerangan yang dimulakan di Parlimen Gombak dan Selayang sejak April lalu.
Antara pemimpin yang hadir ke program tersebut, antaranya Ketua Penerangan PH Selangor Abbas Salimi Che Adzmi, Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad serta Ahli Dewan Undangan Sentosa, Gunaraj George.
Sementara itu, Saifuddin menerusi kenyataan berbeza memaklumkan, ada trend peningkatan kehadiran orang ramai ke setiap sesi ceramah kelompok dianjurkan PH Selangor.
Malah beliau menyifatkan kehadiran memberangsangkan di Sungai Kandis sebagai tanda dokongan masyarakat kawasan tersebut telah kembali kepada Pakatan Harapan.
"PH tewas di kerusi Sungai Kandis dengan hanya 167 undi. Namun semenjak itu tekad untuk merampas kembali kerusi ini tidak pernah padam.
"Semoga usaha kita memberi khidmat dan memberi penerangan dapat menyuntik malar segar dalam perjuangan dan diterima baik oleh pengundi Selangor," katanya.




Ragdoll Hit is an entertaining physics-based fighting game where players control flexible characters and battle opponents in chaotic arenas.