top of page

Kaji kerjasama Pas-Bersatu: Hj Hadi penting kuasa, bukan kestabilan kerajaan

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • May 25
  • 2 min read

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN, Amidi Abdul Manan mendakwa tindakan Presidan Pas, Hj Hadi Awang membangkitkan semula isu hubungan Pas-Bersatu memperlihatkan keutamaan parti itu hanyalah kepada soal kuasa politik, bukannya kelangsungan Kerajaan Negeri atau kepentingan rakyat.


Amidi berkata, kenyataan Presiden Pas yang mengaitkan antaranya krisis Menteri Besar (MB) Perlis dan isu di Negeri Sembilan sebagai alasan untuk menilai semula hubungan dengan Bersatu menunjukkan pendekatan politik yang lebih menjurus kepada kepentingan parti berbanding kestabilan pentadbiran.


Berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh Bersatu untuk menjawab isu ditimbulkan Pas, Amidi berkata Hj Hadi hanya mahukan Pas berkuasa berbanding kestabilan yang amat diperlukan dalam sebuah kerajaan.


"Tindakan Pas yang tidak mempedulikan titah istana di Perlis mengeruhkan hubungan Perikatan Nasional (PN) dan istana. Haji Hadi tidak boleh berlapang dada dengan pertukaran MB (sebelum ini) walaupun kerajaan Negeri Perlis kekal diterajui oleh PN.


"Bersatu mengambil langkah itu demi kelangsungan Kerajaan Negeri dan mengelakkan DUN dibubarkan.

Amidi Abdul Manan
Amidi Abdul Manan

"Begitu juga dengan tindakan Bersatu menarik balik Akuan Bersumpah (SD) menyokong Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan.


"Tindakan ini diambil kerana BN telah mengeluarkan kenyataan untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan. Maka SD tersebut tidak mempunyai sebarang makna lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Amidi lagi, sikap Hj Hadi ini menyerlahkan pemikiran beliau yang sempit, yang hanya mahukan kuasa meskipun terpaksa mengorbankan kestabilan sehingga menyeret kepentingan pentadbiran negeri ke kancah perkelahian dan permusuhan berpanjangan yang amat tidak digalakkan dalam Islam.


Katanya, Islam mengutamakan pelaksanaan fungsi kekhalifahan bagi menjamin pemerintahan dalam dilaksanakan sebaik baiknya.


"Politik atau siasah adalah satu elemen penting dalam pelaksanaan fungsi kekhalifahan manusia. Urusan sesama manusia mesti dihubungkan dengan rasa tanggungjawab yang dapat menjaga kepentingan (maslahah) ummah.


"Maslahah ummah mestilah berdiri di atas agama Islam bukan kepentingan politik kepartian yang sempit.


"Dalam pertembungan politik kepartian maslahah ummah adalah perkiraan paling wajib diutamakan, bukannya nafsu terhadap kuasa dan kekuasaan," bidas beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page