top of page

Usul Undi Tidak Percaya Perlis perlu hormati institusi Raja — Penganalisis

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Cadangan untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar (MB) Perlis, Datuk Abu Bakar Hamzah perlu ditangani secara berhati-hati agar tidak menjejaskan kedudukan institusi Raja dalam sistem pentadbiran negeri.


Penganalisis politik, Shahbudin Embun berkata pelantikan Menteri Besar adalah di bawah kuasa dan budi bicara Raja Perlis selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan oleh itu tidak wajar kerajaan tersebut ditumbangkan dengan sewenang wenangnya oleh anggota dewan dari kalangan Perikatan Nasional (PN) yang tidak berpuas hati dengan Menteri Besar sedia ada.


"Dalam hal ini adalah penting untuk difahami bahawa pelantikan MB adalah di bawah kuasa dan budi bicara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.

Shahbudin Embun
Shahbudin Embun

"Prinsip ini merupakan asas penting dalam sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara kita," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, sebarang usaha membawa usul undi tidak percaya perlu diteliti secara bertanggungjawab dengan mengambil kira keseimbangan antara amalan demokrasi dan penghormatan terhadap institusi Raja sebagai Ketua Negeri.


Beliau turut menegaskan bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri memainkan peranan penting dalam memastikan setiap usul yang dibentangkan mematuhi peraturan serta tidak menimbulkan implikasi perlembagaan.


Dalam masa sama, Shahbudin mengingatkan semua pihak supaya mengelakkan tindakan yang boleh mencetuskan ketidaktentuan politik atau menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri yang sebelum ini menghadapi kemelut apabila sebilangan ADUN Perlis menarik sokongan terhadap MB dari Pas, Mohd Shukri Ramli pada hujung tahun lalu.


"Dalam konteks ini, saya menyeru agar semua pihak mengutamakan pendekatan yang matang, berhemah serta menghormati kerangka Raja Berperlembagaan demi memastikan kestabilan dan keharmonian negeri Perlis terus terpelihara," katanya yang juga anak jati Perlis.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page