top of page

Berita


Penyalahgunaan dadah sintetik: Negeri Pantai Timur paling tinggi - Saifuddin
Negeri-negeri Pantai Timur dikenal pasti sebagai kawasan paling serius terjejas akibat penyalahgunaan dadah sintetik apabila bahan seperti syabu dan metamfetamin kini menjadi pilihan utama penagih berbanding ganja, heroin, ketum dan morfin. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, sebanyak 145,526 kes penyalahgunaan dadah direkodkan pada 2023 sebelum meningkat kepada 192,857 kes pada 2024, manakala 141,817 kes direkodkan sepanjang tahun lal

Akmal Manaf
Jun 232 min read


PH gerak jentera habis-habisan, ajak pengundi keluar mengundi 11 Julai
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) mengarahkan seluruh jentera gabungan itu supaya memberi tumpuan penuh kepada usaha mengajak seramai mungkin rakyat Johor keluar mengundi pada 11 Julai depan, yang disifatkannya sebagai faktor paling penting dalam menentukan peluang PH menawan negeri itu. Berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 di Bukit Gambir malam tadi, Saifuddin berkata

Hasbul Ahmad
Jun 232 min read


“Kalau TMJ terima saya sebagai sahabat, saya terima 10 kali sebagai sahabat” - Anwar
DS Anwar menegaskan hubungan baik Kerajaan dan institusi diraja sentiasa dipelihara. Foto: FB Mat Sabu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan institusi diraja sentiasa dipelihara, malah menyifatkan dirinya amat menghargai persahabatan yang ditunjukkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. Menurut beliau, hubungan yang terjalin atas dasar saling menghormati itu sekali gus menepis pelbagai spekulas

Hasbul Ahmad
Jun 232 min read


Anwar kenang Dato' Onn nasionalis dihormati
DS Anwar mengenang pimpinan UMNO lalu yang lebih bersifat nasionalis dan merakyat di Johor Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau jasa Allahyarham Dato' Onn Jaafar sebagai tokoh nasionalis dan bekas Menteri Besar Johor yang dihormati kerana pendekatan kepimpinan berprinsip serta dekat dengan rakyat. Beliau berkata Dato' Onn yang berbasikal ketika turun padang memberi penerangan kepada rakyat, melambangkan gaya itu sebagai kepimpinan sederhana dan berjiwa rakyat ya

Sidiqin Omar
Jun 232 min read


PH tumpu rapatkan jurang ekonomi antara daerah di Johor - Amirudin
DS Amirudin menerangkan perbezaan pendekatan ekonomi PH dan BN Johor untuk dipertimbangkan pengundi Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan bahawa prinsip keadilan pembangunan menjadi teras utama Pakatan Harapan (PH) dalam memastikan pembangunan Johor dilaksanakan secara lebih seimbang, selain mengurangkan jurang ketara antara daerah dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar utama. Beliau berkata wujud ketidakseimbangan pembangunan antara daerah di Johor,

Sidiqin Omar
Jun 232 min read


PRN Johor: Fokus menangkan calon lebih utama dari 'poster boy' - Nurul Izzah
Nurul Izzah mahu jentera KEADILAN-PH bekerja keras memenangkan calon sebagai keutamaan Sorotan Khas PRN Johor: Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa fokus utama Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, berbanding terlalu memberi tumpuan kepada persoalan siapakah yang bakal menjadi "poster boy" gabungan tersebut. Menurut beliau, semua calon-calon yang diketengahkan merupakan anak jati Johor ya

Noraini Nordin
Jun 231 min read


'Sibuk main isu perkauman, peluang kerja, ekonomi disapu warga asing'
Mohamad Sabu menyelar ahli politik main isu kaum, pekerjaan, niaga dikuasai warga asing. Foto: FB Mat Sabu Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu meluahkan rasa jemu terhadap isu perkauman yang menurutnya masih terus dimainkan dalam wacana politik negara. Beliau berkata, naratif saling menyalahkan antara kaum seperti Melayu, Cina dan India hanya mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang lebih mendesak, khususnya berkaitan ekonomi dan peluang peke

Suara Keadilan
Jun 231 min read


Musim PRN: Pemimpin politik elak perpecahan, ketidakharmonian - Yuneswaran
Pemimpin politik di gesa lebih bertanggungjawab dan berjaga-jaga dalam menjaga keharmonian, lebih-lebih lagi pada musim Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj (gambar) menyuarakan kebimbangannya mengenai landskap politik semasa yang dilihat menjadi punca utama kepada perpecahan dan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat. Menurutnya, kewujudan banyak parti politik melahirkan puak-puak tertentu yang cenderung menyerang satu sama

Suara Keadilan
Jun 231 min read


Tunai amanah, jangan ponteng persidangan Dewan Rakyat - Dr Johari Abdul
Semua Ahli Parlimen diingatkan supaya menunaikan tanggungjawab amanah rakyat dengan tidak ponteng daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul (gambar) berkata, mana-mana Ahli Parlimen yang tidak dapat berada dalam sidang, perlu memaklumkan ketidakhadiran mereka kepada Speaker atau Setiausaha Dewan Rakyat. "Saya memahami terdapat beberapa ahli Yang Berhormat yang tidak dapat hadir atas faktor tertentu seperti urusan rasmi,

Suara Keadilan
Jun 231 min read


Penurunan harga diesel bukti reformasi ekonomi berhasil
Penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter bermula Julai 2026 bukti reformasi ekonomi dan langkah penyasaran subsidi mula memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata begitu sebagai mengulas keputusan Kerajaan MADANI menurunkan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter mulai Julai depan. "Langkah tersebut dilaksanakan ketika dunia masih berdepan ketidaktentuan geop

Azuan Ab Rahman
Jun 232 min read


Baucar Kita Selangor RM100: Pengesahan permohonan bermula hari ini
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM138 juta bagi melindungi golongan rentan di negeri itu daripada kesan ketidaktentuan ekonomi semasa. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, pelbagai inisiatif diperkenalkan pentadbiran negeri bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat termasuk menerusi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bernilai RM300 sebulan kepada 30,000 keluarga berpendapatan rendah. Selain itu tambahnya, Kerajaan Negeri baru-bar

Suara Keadilan
Jun 231 min read


Kerajaan MADANI tidak pernah anak tirikan Johor - Pemuda AMANAH
Pemuda Amanah menolak dakwaan Johor dianaktirikan apabila hanya menerima pulangan antara RM2 hingga RM3 bilion berbanding apa yang disumbangkan negara itu kepada pusat. Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ammar Atan (gambar) menerusi satu kenyataan menegaskan, Johor antara negeri penerima peruntukan pembangunan dan pelaburan berskala besar di bawah pentadbiran kerajaan Madani. Tambahnya, sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada Johor tidak boleh diukur hanya berdasarkan angka te

Azuan Ab Rahman
Jun 231 min read


PRN Johor: Kerajaan Negeri - Pusat perlu sehaluan elak ‘kebocoran’
Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu bergerak sehaluan bagi memastikan pentadbiran lebih berkesan serta mengelakkan berlakunya “kebocoran” sebagaimana dititahkan Pemangku Sultan Johor, baru baru ini. Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, keselarasan antara kedua-dua peringkat kerajaan itu penting bagi memudahkan perancangan pembangunan negeri khususnya dan negara. "Perbezaan pasukan sudah pasti akan melambatkan dan membuka ruan

Suara Keadilan
Jun 222 min read


Tunku Mahkota Ismail terima PM menghadap, bincang kesejahteraan rakyat Johor
Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap DS Anwar di Istana Bukit Tunku. Foto: FB Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Pertemuan empat mata itu dimaklumkan oleh Tunku Mahkota Ismail menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi baginda, selain turut berkongsi beberapa keping gambar rasmi bersama Perdana Menteri. Perdana Menteri dalam

Helmi Mohd Foad
Jun 222 min read


Malaysia, Bangladesh kukuh kerjasama tangani isu pelarian Rohingya
DS Anwar dan Tarique Rahman dalam sidang media bersama di Putrajaya. Foto: PMO Malaysia dan Bangladesh menzahirkan kesepakatan untuk terus memperkukuh kerjasama menerusi mekanisme ASEAN dalam usaha mencari penyelesaian mampan dan menyeluruh terhadap krisis pelarian Rohingya. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha tersebut termasuk memperhebat penglibatan dengan pihak berkuasa Myanmar serta semua pihak berkepentingan termasuk Bangladesh yang bersempadan dengan

Helmi Mohd Foad
Jun 222 min read


Reformasi subsidi diesel pastikan golongan sasar mendapat manfaat optimum
Pendekatan reformasi subsidi yang dilaksanakan Kerajaan MADANI bukan bertujuan membebankan rakyat, sebaliknya membolehkan penjimatan digunakan semula untuk memperkukuh perlindungan sosial, meningkatkan bantuan kepada golongan yang memerlukan serta memastikan bantuan dinikmati oleh mereka yang benar-benar layak. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata keputusan kerajaan menetapkan harga diesel bersubsidi pada RM2.10 seliter berkuat kuasa mulai Julai ini m

Helmi Mohd Foad
Jun 222 min read


PRN Johor: Pengumuman calon PH malam ini, medan tempur dibuka
Sorotan PRN Johor: Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai penuh 56 calon gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada malam ini. Majlis pengumuman itu akan berlangsung pada jam 8.00 malam di Padang Bukit Gambir Extreme Park, Muar. Selain Anwar, barisan kepimpinan tertinggi PH, antaranya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu juga dijadual hadir. Selain pimpinan kanan ketig

Noraini Nordin
Jun 221 min read


Lawatan PM ke Rusia, Turkmenistan jamin bekalan minyak, tenaga negara
Misi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia dan Turkmenistan bukan sebagaimana ditanggapi sinis pengkritik atau pembangkang, sebaliknya bertujuan memastikan Malaysia mempunyai akses kepada sumber minyak dan gas yang lebih kukuh bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat pada masa depan. Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) berkata, negara yang tidak mempunyai jaminan bekalan tenaga yang kukuh ber

Akmal Manaf
Jun 222 min read


Hubungan Pusat-Negeri penting, banyak projek tertangguh selesai
Rakyat Johor akan memperoleh manfaat besar sekiranya lebih ramai calon KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sekaligus membolehkan suara rakyat dibawa secara lebih berkesan dari peringkat akar umbi ke Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan seterusnya ke Kerajaan Persekutuan. Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata, hubungan yang kukuh antara wakil rakyat di peringkat DUN, Parlimen dan kerajaan p

Hasbul Ahmad
Jun 222 min read


MB Johor dikritik, mengapa jawapan UMNO Johor kaitkan institusi diraja?
UMNO Johor didakwa gagal menjawab isu sebenar berkaitan teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sebaliknya memilih berselindung di sebalik sentimen negeri dan institusi diraja. Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata kenyataan Ketua Penerangan UMNO Johor baru-baru ini yang membidas beliau, tidak menjawab persoalan utama yang dibangkitkan. "Saya bertanya satu soalan yang mudah. Apabila

Suara Keadilan
Jun 222 min read
bottom of page
