top of page

Tunku Mahkota Ismail terima PM menghadap, bincang kesejahteraan rakyat Johor

Writer: Helmi Mohd Foad
Helmi Mohd Foad
Jun 22
2 min read
Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap DS Anwar di Istana Bukit Tunku. Foto: FB Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap DS Anwar di Istana Bukit Tunku. Foto: FB Tunku Mahkota Ismail

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.


Pertemuan empat mata itu dimaklumkan oleh Tunku Mahkota Ismail menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi baginda, selain turut berkongsi beberapa keping gambar rasmi bersama Perdana Menteri.


Perdana Menteri dalam kenyataan menyifatkan pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni itu sebagai satu ruang yang baik untuk bertukar-tukar pandangan, khususnya berkaitan kebajikan rakyat di negeri Johor Darul Ta’zim.


"Saya menghadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di Kuala Lumpur hari ini dalam suasana mesra dan harmoni.


"Pertemuan ini memberikan ruang yang baik untuk bertukar pandangan dan membincangkan perkara-perkara terkait kebajikan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di negeri Johor," kata beliau menerusi media sosialnya.


Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, beliau dan Pemangku Sultan Johor turut memperincikan perkembangan semasa serta perancangan strategik Kerajaan MADANI bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mapan di negeri paling selatan di Semenanjung itu.


"Tunku Mahkota Ismail dan saya juga sepakat untuk terus mengekalkan hubungan yang baik, selain mengukuhkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor," katanya lagi.


Pertemuan penting ini berlangsung sejurus selepas isu keupayaan kewangan dan agihan peruntukan persekutuan kepada Johor hangat diperkatakan di platform media massa baru-baru ini.


Keadaaan tersebut berlaku selepas Tunku Mahkota Ismail secara terbuka menyentuh mengenai jurang perkongsian hasil persekutuan-negeri dalam satu program podcast.


Dalam program berkenaan, baginda mempersoalkan istilah 'kebocoran' ekonomi dan menegaskan bahawa isu peruntukan yang dikembalikan Putrajaya kepada Johor kurang mencukupi.


Baginda yang lebih dikenali sebagai TMJ mendedahkan Johor menyumbang lebih RM40 bilion setahun, namun mendakwa sebahagian kecil hasil dikembalikan kepada negeri untuk pembangunan kira-kira hampir 5 juta penduduk Johor.


Tungku Mahkota Ismail menggesa Kerajaan Persekutuan memulangkan lebih banyak hasil bagi pembangunan dan kebajikan rakyat.


Susulan itu, pertemuan harmoni di antara Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri hari ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam menyelaraskan semula kerjasama strategik sekali gus meredakan spekulasi berhubung hubungan dinamik antara kerajaan Persekutuan dan pentadbiran negeri Johor.

1 Comment


RioPrice
Oct 13

https://vortragsprofis.de comes to mind here because the real question after such a meeting is whether the promised coordination produces anything measurable for Johor. The detail about RM40 billion contributed annually while only a fraction returns to the state is the kind of imbalance that speeches alone won't fix, and I've seen similar centre-state tensions play out elsewhere where platitudes replaced actual fiscal reform. It will be worth watching whether this harmony translates into concrete changes in the next budget cycle or just another photo opportunity.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page