top of page

Malaysia, Bangladesh kukuh kerjasama tangani isu pelarian Rohingya

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • Jun 22
  • 2 min read
DS Anwar dan Tarique Rahman dalam sidang media bersama di Putrajaya. Foto: PMO
DS Anwar dan Tarique Rahman dalam sidang media bersama di Putrajaya. Foto: PMO

Malaysia dan Bangladesh menzahirkan kesepakatan untuk terus memperkukuh kerjasama menerusi mekanisme ASEAN dalam usaha mencari penyelesaian mampan dan menyeluruh terhadap krisis pelarian Rohingya.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha tersebut termasuk memperhebat penglibatan dengan pihak berkuasa Myanmar serta semua pihak berkepentingan termasuk Bangladesh yang bersempadan dengan negara itu bagi menangani punca dan implikasi kemanusiaan yang berlarutan.


Beliau menegaskan Malaysia kekal dengan pendirian bahawa penyelesaian terbaik dalam menghantar pelarian tersebut pulang secara selamat ke Myanmar.


"Kami juga memberi fokus kepada situasi di Myanmar termasuk perkembangan berkaitan krisis Rohingya serta menegaskan kepentingan meneruskan usaha damai melalui penglibatan menyeluruh semua pihak berkepentingan.


"Saya menghargai komitmen Bangladesh dalam membantu komuniti Rohingya dan Malaysia kekal berpendirian bahawa penyelesaian terbaik ialah penghantaran pulang mereka secara selamat ke Myanmar," katanya dalam hantaran di media sosial.


Terdahulu Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman yang mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia.


Anwar dan Tarique menekankan tentang kepentingan meneruskan usaha damai melalui penglibatan menyeluruh semua pihak berkepentingan bagi menyelesaikan konflik di Myanmar.


Selain itu, kedua-dua pemimpin tersebut menyentuh isu-isu global dan berkongsi pendirian yang tegas mengenai keperluan menamatkan penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman berterusan rejim Zionis Israel di Gaza.


Jelas Perdana Menteri, mereka turut menekankan pentingnya usaha diplomasi dan dialog bagi menjamin keamanan yang berkekalan di rantau Teluk serta meredakan ketegangan yang melibatkan Iran.


"Kami juga menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Kebudayaan, selain dua pertukaran Nota (EoN) berkaitan penyelidikan antikeganasan serta promosi dan pemudahcaraan pelaburan.


"Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk memperluas hubungan dua hala yang lebih erat, dinamik dan saling menguntungkan demi manfaat rakyat kedua-dua negara," ujar Anwar.


Perdana Menteri menjelaskan perbincangan mereka tertumpu kepada usaha mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang antaranya perdagangan dan pelaburan, tenaga, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, pendidikan, pembangunan modal insan, pertanian, industri halal serta pengurusan tenaga kerja.


Dalam pada itu, Anwar berkata beliau dan Tarique turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang memerlukan pendekatan berteraskan dialog, keamanan dan saling menghormati.


"Malaysia menzahirkan penghargaan terhadap Bangladesh sebagai rakan penting di Asia Selatan dan yakin masih banyak potensi kerjasama yang boleh diteroka demi kemajuan ekonomi serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.


"Saya percaya kesepakatan yang dicapai hari ini akan terus memperkukuh hubungan Malaysia dan Bangladesh serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan," ujarnya lagi.


Sebelum itu, setibanya di Perdana Putra, Tarique dan delegasi disambut dengan istiadat rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan terdiri daripada 105 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dipimpin oleh Mejar Nur Ahmad Zaim Zahari.

4 Comments


hooversummersnaimahu4165
Jul 15

Thấy trang này kèo nhà cái được nhắc tên ở vài nơi nên mình vào xem thử để tham khảo cách họ xếp layout và thông tin. Ấn tượng đầu là giao diện rất sạch, chia khu vực rõ ràng nên cực dễ nhìn. Thanh menu trực quan, chuyển mục nhanh gọn. Khi test trên điện thoại thấy hiển thị chuẩn, lướt mượt và điều hướng tốt, không bị lỗ

Like

hooversummersnaimahu4165
Jul 14

Thấy trang này ad88 được nhắc tên ở vài nơi nên mình vào xem thử để tham khảo cách họ xếp layout và thông tin. Ấn tượng đầu là giao diện rất sạch, chia khu vực rõ ràng nên cực dễ nhìn. Thanh menu trực quan, chuyển mục nhanh gọn. Khi test trên điện thoại thấy hiển thị chuẩn, lướt mượt và điều hướng tốt, không bị lỗ

Like

hooversummersnaimahu4165
Jul 13

Trong quá trình đọc các thảo luận, mình có để ý thấy IWIN được nhắc qua nên thử vào xem cho biết. Mình chỉ xem nhanh tổng thể chứ chưa tìm hiểu sâu, nhưng cảm giác ban đầu là cách trình bày khá thoáng, bố cục rõ ràng, nhìn vào không bị rối mắt.

Like

hooversummersnaimahu4165
Jun 22

Trước giờ mình ít để ý mấy nền tảng dạng này, nhưng thấy GO88 nên vào thử. Điểm dễ nhận thấy là bố cục thoáng, không nhồi thông tin nên nhìn nhẹ mắt. Các mục chính rõ ràng, chuyển đổi nhanh nên trải nghiệm ổn. Trên điện thoại hiển thị mượt, dễ thao tác. Tổng thể gọn gàng.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page