top of page

Musim PRN: Pemimpin politik elak perpecahan, ketidakharmonian - Yuneswaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Pemimpin politik di gesa lebih bertanggungjawab dan berjaga-jaga dalam menjaga keharmonian, lebih-lebih lagi pada musim Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.


Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj (gambar) menyuarakan kebimbangannya mengenai landskap politik semasa yang dilihat menjadi punca utama kepada perpecahan dan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat.


Menurutnya, kewujudan banyak parti politik melahirkan puak-puak tertentu yang cenderung menyerang satu sama lain, sehingga mengheret masyarakat menjadi sebahagian daripada konflik yang perlu dielakkan.

"Sesiapa sahaja calon yang bertanding, tunjukkan kehebatan anda dari segi hujah, keterampilan, idea dan apakah dasar yang ingin dibawa kerana itu lebih penting daripada menyerang.


"Namun tidak wajar sekiranya rakyat diperalatkan demi kepentingan politik peribadi atau mana-mana parti politik kerana akan mencetuskan pelbagai isu yang perlu ditangani.


"Kita tidak boleh peralatkan rakyat demi politik kita kerana ini akan menjadi satu masalah," katanya dipetik laporan media tempatan.


Ahli Parlimen Segamat itu berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Hi-Tea bersama Media, di Kuala Lumpur pada Isnin.


Sehubungan itu beliau menekankan kepentingan untuk mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam mengamalkan sistem demokrasi.


Beralih kepada politik matang berasaskan dasar juga tegasnya, langkah penting dalam memelihara dan memperkukuh perpaduan dalam negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page