top of page

Baucar Kita Selangor RM100: Pengesahan permohonan bermula hari ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM138 juta bagi melindungi golongan rentan di negeri itu daripada kesan ketidaktentuan ekonomi semasa.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, pelbagai inisiatif diperkenalkan pentadbiran negeri bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat termasuk menerusi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bernilai RM300 sebulan kepada 30,000 keluarga berpendapatan rendah.


Selain itu tambahnya, Kerajaan Negeri baru-baru ini turut memperkenalkan Baucar Kita Selangor di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor susulan krisis geopolitik di Asia Barat.


Pengesahan bagi permohonan bantuan tersebut akan dibuka menerusi portal rasmi www.baucarkitaselangor.com bermula jam 12 tengah hari ini.


"Baucar Kita Selangor ialah inisiatif bersifat jangka pendek membabitkan peruntukan RM131 juta yang dilaksanakan seiring kerangka pemberdayaan rakyat.


"Kerajaan Negeri turut memberikan ruang khas kepada ibu tunggal berpendapatan RM5,000 ke bawah untuk memohon bantuan berkenaan melalui portal sama," katanya dipetik media tempatan.


Menurut Amirudin, program Baucar Kita Selangor 2026 bernilai RM100 turut akan mula diagihkan kepada penerima yang layak bermula 30 Jun ini untuk tempoh enam bulan.

Seramai 50,000 penerima akan dipilih berdasarkan data Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor bagi memastikan bantuan baucar tersebut disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.


Ia bakal disalurkan terus ke dalam e-wallet aplikasi SeLangkah bagi mengelakkan ketirisan dalam pelaksanaan bantuan tersebut.

1 Comment


Indarpal Palisan
Indarpal Palisan
2 days ago

Saya oku tak dapat lagi

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page