top of page

Berita


KEADILAN Negeri Sembilan sudah serah nama calon - Aminuddin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Sembilan mengemukakan sekurang-kurangnya tiga hingga lima nama merangkumi calon wanita, golongan muda dan calon lama bagi setiap kerusi DUN di negeri itu. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata, pihaknya sudah mengajukan senarai nama calon bagi kerusi yang bakal ditandingi pada PRN ke-16 kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan. "Senarai akan diteliti dan perkara itu (pemilihan) terpulan

Suara Keadilan
Jul 21 min read


PRN: Rekod pentadbiran PM Anwar kekuatan PH raih sokongan pengundi
Prof Dr Azmi Hassan. Kredit foto: Bernama Rekod pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi kekuatan utama Pakatan Harapan (PH) dalam meraih sokongan dan keyakinan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Felo Majlis Profesor Negara, Dr Azmi Hassan berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Anwar telah membuktikan kemampuan untuk meraih beberapa pencapaian meskipun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu termasuk konflik berterusan d

Suara Keadilan
Jul 22 min read


Penerimaan masyarakat FELDA terhadap PH semakin positif - Faizul
Faizul (kanan) ketika berkempen menemui generasi kedua dan ketiga FELDA di Tanjung Surat Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N39 Tanjung Surat, Faizul Abdul Ghani menyifatkan penerimaan masyarakat FELDA terhadap PH ketika ini semakin positif berbanding lima hingga 10 tahun lalu. Menurut Faizul, penerimaan itu adalah hasil dialog berterusan dan kesediaan rakyat kawasan FELDA untuk menilai sendiri gerak kerja serta rekod perkhidmatan gabungan itu. "Kalau sebut PH di kawasan FEL

Azuan Ab Rahman
Jul 21 min read


Sarawak catat angka terbanyak siapkan projek bina semula sekolah daif
Sekolah daif di Malaysia Timur. Gambar hiasan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak 1,250 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara sejak 2016 dengan kos keseluruhan sebanyak RM13.8 bilion. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) dalam jawapan bertulis di Parlimen berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 813 projek sudah siap dilaksanakan setakat ini. "Daripada jumlah itu, 813 projek telah siap, 173 projek berada pada peringkat pembinaan mana

Suara Keadilan
Jul 21 min read


Perkasa ekonomi, peluang pekerjaan, infrastruktur di DUN Bukit Kepong
Subramani (tengah) dalam sidang media menerusi siri J-Studio dikelolakan oleh Yahya Sahri pagi tadi Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N07 Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, C Subramani berikrar memperjuangkan pembangunan menyeluruh kawasan itu dengan memberi tumpuan kepada peluang pekerjaan, pemerkasaan usahawan, pelancongan, perumahan mampu milik dan penambahbaikan infrastruktur. Menurut beliau, setiap kawasan mempunyai potensi untuk maju sekiranya dipimpin denga

Redzuan Shamsudin
Jul 12 min read


'Jangan tunggang agama demi raih undi' - Mahfuz
Tindakan Pas menggunakan dalil agama untuk mengikat pilihan politik rakyat terus dibidas seorang bekas pemimpin kanan parti itu apabila hal itu dianggap cuba membina gambaran bahawa sokongan kepada parti tertentu mempunyai kaitan langsung dengan kewajipan agama. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata beliau bersetuju umat Islam perlu mengambil berat soal kepimpinan, amanah dan tanggungjawab dalam negara, namun menolak penggunaan ayat al-Quran dan hadis bagi

Helmi Mohd Foad
Jul 12 min read


Harapan Rakyat Johor Untuk DUN Sungai Balang & Semerah
Harapan Rakyat Johor Untuk DUN Sungai Balang & Semerah Pilihan raya ini bukan sekadar memilih calon. Ini tentang memilih masa depan yang lebih baik untuk keluarga, anak-anak dan negeri Johor. Ayuh bersama kita beri sokongan kepada Soraya Badaruddin di DUN Sungai Balang dan Mohd Khuzzan Abu Bakar di DUN Semerah. Undi Pakatan Harapan. Demi Johor yang lebih maju, adil dan sejahtera.

Abdul Rahim Razak
Jul 11 min read


Sultan Selangor zahir penghargaan kejayaan pembinaan LRT3
LRT3 dirasmikan oleh PM minggu lalu memberikan pilihan pengangkutan terbaik kepada penduduk Selangor Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen memastikan projek Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Shah Alam diteruskan sehingga berjaya disiapkan dan memberi manfaat kepada rakyat. Baginda bertitah kejayaan pelaksanaan projek LRT3 yang mula beroperasi baru-baru ini adalah hasil kesinambu

Helmi Mohd Foad
Jul 13 min read


Walkabout di pasar malam Parit Bulat, Soraya dekati pengundi
Soraya bertanya khabar pengunjung pasar malam sambil menghulur risalah kempen Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N16 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang, Soraya Badaruddin berkata sambutan menggalakkan daripada peniaga dan pengunjung semasa sesi walkabout di Pasar Malam Parit Bulat menjadi suntikan semangat untuk beliau meneruskan kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut beliau, lawatan tersebut dimanfaatkan untuk menyantuni peniaga kecil serta bert

Suara Keadilan
Jul 11 min read


Pas kata Kerajaan Perpaduan 'tak Islamik', kenapa sokong BN di Johor?
‘Arahan’ supaya ahli Pas menyokong UMNO-Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menimbulkan persoalan mengenai konsistensi perjuangan Islam yang dibawa parti berkenaan, khususnya apabila terdapat calon Islam daripada Pakatan Harapan (PH) yang bertanding menentang calon bukan Islam daripada MCA-BN. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, hal itu agak pelik kerana

Akmal Manaf
Jul 12 min read


Calon PH Tanjung Surat fokus naik taraf insfrastruktur nelayan Tanjung Belungkor
Faizul (berbaju merah) meninjau jeti Tanjung Belungkor yang uzur dan gagal diperbaiki oleh Kerajaan Negeri Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N39 Tanjung Surat, Faizul Abdul Ghani menjadikan pembangunan infrastruktur, penyelesaian isu lesen nelayan serta pembangunan sektor eko pelancongan sebagai antara keutamaan sekiranya beliau diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Beliau berkata, perkara itu dikenal pasti hasil lawatan ke Tanjung Belungkor bagi bertemu m

Redzuan Shamsudin
Jul 12 min read


Saifuddin peroleh penghakiman ingkar terhadap 'Tam Jebat'
Mahkamah Tinggi Alor Setar. Foto: Laman Portal Rasmi Mahkamah Negeri Kedah Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memperoleh penghakiman ingkar dalam kes saman terhadap seorang pengguna media sosial berhubung dakwaan melibatkan Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC). Firma guaman SN Nair & Partners berkata Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Selasa mengesahkan penghakiman ingkar tersebut yang dimasukkan terhadap Muhamad Zubair Ismail atau dikenali se

Suara Keadilan
Jul 11 min read


Penebusan Baucar Buku Madani 2026 bermula hari ini
Proses penebusan e-baucar Program Baucar Buku Madani 2026 bernilai RM100 seorang bermula hari ini sehingga 31 Okt depan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh (gambar) berkata, seramai 2,217,579 penerima melibatkan murid daripada kelas peralihan hingga tingkatan enam, pelajar kolej vokasional, matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bakal menerima manfaat daripada inisiatif itu. "Tahun ini, KPM turut memperkenalkan Fokus Judul Khas Madani yang merangkumi

Suara Keadilan
Jul 11 min read


Nazri optimis pertahan DUN Simpang Jeram pada PRN Johor
Nazri (mengenakan tag SPR) menyantuni pengundi di DUN Simpang Jeram. Foto: FB Nazri Penyandang kerusi N13 DUN Simpang Jeram dari Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. Menurut Nazri, rekod perkhidmatan selama mewakili rakyat kawasan itu mampu menjadi asas untuk PH terus meraih sokongan pengundi, termasuk daripada penyokong BN. "Pengundi boleh lihat sendiri rekod perkhidmatan saya sepan

Suara Keadilan
Jul 11 min read


RUU perluas bidang kuasa kesalahan seksual terhadap kanak-kanak diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 di luluskan di Dewan Rakyat pada Selasa. Pindaan itu sekaligus memperluas bidang kuasa akta agar pelaku tidak terlepas daripada tindakan undang-undang sekalipun kesalahan dilakukan di luar negara. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran (gambar) ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata, pindaan berkenaan tidak bermaksud Malays

Suara Keadilan
Jul 11 min read


Pembangunan Johor Mesti Seimbang, Wanita dan Keluarga Kekal Keutamaan
Pembangunan Johor Mesti Seimbang, Wanita dan Keluarga Kekal Keutamaan Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menegaskan agenda pembangunan Johor perlu dilaksanakan secara seimbang agar manfaat ekonomi dapat dirasai oleh seluruh rakyat tanpa mengira lokasi, sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Abdul Rahim Razak
Jun 301 min read


Jalex Lee tekad tingkatkan peluang kerja, ekonomi penduduk DUN Pemanis
Jalex Lee dalam sidang media pagi tadi mengumumkan lima tekad sebagai manifaesto PH DUN Pemanis Calon Pakatan Harapan DUN Pemanis, Jalex Lee komited membawa pembangunan yang memberi manfaat kepada seluruh warga Pemanis menerusi lima tekad utama yang berfokus kepada kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi setempat. Lima tekad itu katanya adalah memperkasakan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan dengan menarik lebih banyak pelaburan dan peluang pekerjaan agar lebih ramai anak

Akmal Manaf
Jun 301 min read


Sarawak, Sabah henti tebang hutan jika mahu tuntut hasil cukai karbon
Sabah dan Sarawak perlu menghentikan sepenuhnya aktiviti penebangan hutan sekiranya mahu menuntut 70% daripada hasil cukai karbon Persekutuan, kata Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar). Beliau berkata, penerimaan hasil karbon tidak seharusnya menjadi ganjaran semata-mata atas faktor geografi yang diwarisi, sebaliknya perlu menjadi komitmen yang mengikat terhadap pemeliharaan pada masa hadapan. "Jika wilayah-wilayah ini mahu diberi pampasan sebagai penyerap karbon uta

Akmal Manaf
Jun 302 min read


Rundingan tingkat pemberian khas Sarawak diteruskan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata rundingan bagi meningkatkan kadar pemberian khas interim kepada Sarawak masih dibincangkan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak. Perdana Menteri berkata, perbincangan itu sedang berjalan antara Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak susulan peningkatan kadar interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion berdasarkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). "Kerajaan akan memastikan

Helmi Mohd Foad
Jun 302 min read


Umum projek telah dilulus kerajaan tidak langgar peraturan pilihanraya
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menegaskan pengumuman projek oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak melanggar peraturan pilihanraya kerana melibatkan projek yang telah diluluskan sebelum ini. Anwar menjelaskan, mengikut peraturan pilihanraya, pengumuman projek yang telah diluluskan sebelum ini adalah dibenarkan, namun perkara tersebut tidak terpakai bagi projek baharu. "Ada proj

Akmal Manaf
Jun 301 min read
bottom of page
