top of page

Walkabout di pasar malam Parit Bulat, Soraya dekati pengundi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read
Soraya bertanya khabar pengunjung pasar malam sambil menghulur risalah kempen
Soraya bertanya khabar pengunjung pasar malam sambil menghulur risalah kempen

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N16 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang, Soraya Badaruddin berkata sambutan menggalakkan daripada peniaga dan pengunjung semasa sesi walkabout di Pasar Malam Parit Bulat menjadi suntikan semangat untuk beliau meneruskan kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Menurut beliau, lawatan tersebut dimanfaatkan untuk menyantuni peniaga kecil serta bertanya khabar penduduk setempat di samping mendengar pandangan dan harapan mereka terhadap masa depan DUN Sungai Balang.


Soraya berkata, maklum balas yang diterima daripada warga tempatan menunjukkan keinginan mereka untuk melihat perubahan dan pembangunan berterusan di kawasan berkenaan.


"Sepanjang laluan, saya mengambil peluang menyapa para peniaga kecil serta pengunjung yang membeli-belah di Pasar Malam Parit Bulat untuk bertanya khabar dan berkongsi harapan rakyat Sungai Balang," katanya dalam muat naik di media sosial.


Beliau berkata setiap pertemuan bersama penduduk memberikan dorongan untuk terus komited berkhidmat sekiranya diberi mandat oleh pengundi.


"Saya amat terharu menerima pelbagai maklum balas positif dan kata-kata semangat daripada warga tempatan yang mahukan perubahan serta kemajuan berterusan di DUN Sungai Balang ini," ujarnya.


Menurut Soraya, sokongan yang dizahirkan oleh penduduk menjadi pembakar semangat kepada beliau dan jentera kempen sepanjang tempoh berkempen.


"Setiap senyuman dan doa yang dititipkan oleh makcik, pakcik serta anak-anak muda di sini menjadi pembakar semangat untuk saya terus komited berkhidmat," katanya.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga Sungai Balang atas sambutan yang diberikan dan berjanji akan menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page