top of page

Nazri optimis pertahan DUN Simpang Jeram pada PRN Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read
Nazri (mengenakan tag SPR) menyantuni pengundi di DUN Simpang Jeram. Foto: FB Nazri
Nazri (mengenakan tag SPR) menyantuni pengundi di DUN Simpang Jeram. Foto: FB Nazri

Penyandang kerusi N13 DUN Simpang Jeram dari Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.


Menurut Nazri, rekod perkhidmatan selama mewakili rakyat kawasan itu mampu menjadi asas untuk PH terus meraih sokongan pengundi, termasuk daripada penyokong BN.


"Pengundi boleh lihat sendiri rekod perkhidmatan saya sepanjang menjadi wakil rakyat.


"Selama lebih dua tahun sebagai wakil rakyat, saya telah memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya dipetik FMT.


Sebagai rekod, Nazri bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram pada 2023 yang diadakan susulan pemergian bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.


Pada PRK yang menyaksikan Barisan Nasional turun membantu kempen PH sebagai rakan kerjasama Kerajaan Perpaduan, Nazri menang dengan majoriti 3,514 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).


Sementara itu, Nazri merakamkan penghargaan kepada bantuan dan sokongan BN terhadapnya pada PRK lalu.


Beliau turut yakin walaupun BN dan PH berdepan secara langsung pada pilihan raya kali ini, rakyat Simpang Jeram termasuk sebahagian penyokong BN akan memberi peluang kepadanya untuk terus mewakili penduduk.


Sebagai mengulas pertembungan kali ini, Nazri mengakui bakal berlaku undi, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu. Namun beliau optimis dan berharap pengundi Cina yang merangkumi kira-kira 42 peratus daripada keseluruhan pengundi di DUN Simpang Jeram akan terus memberikan sokongan kepadanya.


Pada PRN kali ini, beliau berdepan saingan tiga pencabar iaitu Azman Ismail (BN), Ainie Haziqah Shafii (MUDA) dan Arshed Yahya (PN) pada pengundian yang dijadual berlangsung 11 Julai.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page