top of page

Jalex Lee tekad tingkatkan peluang kerja, ekonomi penduduk DUN Pemanis

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 day ago
  • 1 min read
Jalex Lee dalam sidang media pagi tadi mengumumkan lima tekad sebagai manifaesto PH DUN Pemanis
Jalex Lee dalam sidang media pagi tadi mengumumkan lima tekad sebagai manifaesto PH DUN Pemanis

Calon Pakatan Harapan DUN Pemanis, Jalex Lee komited membawa pembangunan yang memberi manfaat kepada seluruh warga Pemanis menerusi lima tekad utama yang berfokus kepada kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi setempat.


Lima tekad itu katanya adalah memperkasakan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan dengan menarik lebih banyak pelaburan dan peluang pekerjaan agar lebih ramai anak Pemanis dapat bekerja berhampiran dengan keluarga.


Selain itu, beliau yang juga anak jati Johor komited memperjuangkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, mudah diakses dan menyeluruh untuk seluruh warga Pemanis.


"Saya komited memajukan Agropelancongan Pemanis dengan mempromosikan keunikan Pemanis seperti durian dan ikan baung bagi menarik pelancong, meningkatkan pendapatan usahawan serta merancakkan ekonomi tempatan.


"Seterusnya, tekad keempat memberi fokus kepada usaha memperluaskan peluang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang pertanian moden bagi melahirkan tenaga kerja mahir serta menarik lebih banyak pelaburan ke Pemanis.


"Tekad kelima pula menumpukan kepada usaha memperjuangkan penaiktarafan infrastruktur termasuk jalan raya, sistem saliran dan projek tebatan banjir, selain meningkatkan kemudahan asas serta liputan internet 5G yang lebih baik bagi menyokong kehidupan harian rakyat dan pertumbuhan ekonomi," kata calon berusia 34 tahun itu.


Pada PRN Johor kali ini, Jalex yang bertanding sebagai calon nombor 3 berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Anuar Abd Manap dan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Ariventharan Anandan.


PRN Johor dijadualkan berlangsung pada 11 Julai depan, manakala pengundian awal akan diadakan pada 7 Julai ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page