top of page

Calon PH Tanjung Surat fokus naik taraf insfrastruktur nelayan Tanjung Belungkor

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 3 hours ago
  • 2 min read
Faizul (berbaju merah) meninjau jeti  Tanjung Belungkor yang uzur dan gagal diperbaiki oleh Kerajaan Negeri
Faizul (berbaju merah) meninjau jeti  Tanjung Belungkor yang uzur dan gagal diperbaiki oleh Kerajaan Negeri

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N39 Tanjung Surat, Faizul Abdul Ghani menjadikan pembangunan infrastruktur, penyelesaian isu lesen nelayan serta pembangunan sektor eko pelancongan sebagai antara keutamaan sekiranya beliau diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Beliau berkata, perkara itu dikenal pasti hasil lawatan ke Tanjung Belungkor bagi bertemu masyarakat setempat dan komuniti nelayan untuk mendengar sendiri isu yang dihadapi mereka.


"Saya turun ke Tanjung Belungkor bagi menyantuni masyarakat setempat dan para nelayan, selain mendengar sendiri pandangan serta keperluan yang dibangkitkan oleh mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Faizul, antara isu utama yang dibangkitkan ialah keperluan membina jeti dan jambatan yang lebih kukuh serta selamat untuk kegunaan nelayan, penduduk dan pelancong.


Beliau berkata, nelayan turut memohon penyelesaian terhadap isu lesen memandangkan masih ramai yang belum memperoleh lesen bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan secara berdaftar.


"Masih ramai dalam kalangan mereka belum mendapat lesen bagi membolehkan mereka turun ke tengah laut secara berdaftar dan berdokumentasi.


"Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan punca rezeki, keselamatan serta pengiktirafan terhadap kerja keras nelayan tempatan," katanya yang merupakan calon nombor 1 di kertas undi.


"Jangan lupa undi calon nombor 1 Faizul Abd Ghani"
"Jangan lupa undi calon nombor 1 Faizul Abd Ghani"

Faizul berkata, keadaan jeti dan jambatan sedia ada juga didapati semakin usang dan menimbulkan kebimbangan dari aspek keselamatan.


"Sekiranya infrastruktur ini dapat dinaik taraf dengan lebih baik dan baharu, Tanjung Belungkor berpotensi menjadi tarikan pelancongan yang lebih kukuh, khususnya dalam sektor pelancongan dan eko pelancongan," katanya.


Beliau turut berpandangan kawasan itu mempunyai potensi besar sebagai destinasi pelancongan, namun masih kurang dipromosikan walaupun memiliki keindahan alam semula jadi dan hasil laut yang berkualiti.


Dalam lawatan sama, Faizul turut mengunjungi rumah rakit dan kawasan penternakan ikan serta bertemu pengusaha tempatan bagi melihat sendiri potensi ekonomi komuniti nelayan.


"DUN Tanjung Surat mempunyai banyak potensi yang perlu digilap dengan perancangan yang tersusun.


"Justeru, pelancongan, eko pelancongan, hak nelayan, isu lesen nelayan serta infrastruktur asas adalah antara perkara penting yang terkandung dalam tujuh tekad saya untuk DUN Tanjung Surat," katanya.


Beliau menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan pembangunan kawasan serta membela kebajikan masyarakat nelayan.


"Saya sempat mendapatkan ketam nipah hasil tempatan yang segar dengan harga berpatutan, sekali gus membuktikan bahawa ekonomi nelayan dan hasil laut di kawasan ini mempunyai nilai yang besar untuk dibangunkan. DUN Tanjung Surat mempunyai banyak potensi yang perlu digilap dengan perancangan yang tersusun.


"Saya komited untuk mengangkat potensi tempatan dan membela suara rakyat, khususnya masyarakat nelayan dan penduduk yang bergantung kepada kekuatan ekonomi setempat. Tanjung Belungkor tidak wajar dibiarkan terpinggir, sebaliknya perlu diberi perhatian sewajarnya sebagai sebahagian daripada masa depan Tanjung Surat," katanya.


Untuk rekod, DUN Tanjung Surat bersempadan laut dengan Singapura namun pembangunan ekonomi kedua dua kawasan seumpama bumi dan langit.


DUN Tanjung Surat masih ketinggalan dan dihuni masyarakat yang lebih banyak bergantung kepada sektor pertanian dan perusahaan kecil yang gagal dibangunkan kerajaan BN sepanjang berdekad dekad memerintah Johor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page