top of page

Berita


Jerebu: Warga Malaysia lantik peguam, pertimbang saman kerajaan Indonesia
Mohd Fakhrulrazi (kanan) bersama peguam Indonesia, Muhamad Zainul Arifin Susulan kejadian jerebu rentas sempadan berasal dari kebakaran terbuka di Indonesia, seorang warganegara Malaysia, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar melantik firma guaman Indonesia, MZA Partners, bagi meneliti tindakan undang-undang terhadap kerajaan negara itu berhubung isu jerebu yang berulang saban tahun. Fakhrulrazi yang juga mantan Ahli Dewan Negeri Meru berkata, tindakan itu termasuk mempertimba

Suara Keadilan
10 hours ago3 min read


Campur aduk teori kuantum, ajaran tauhid bercanggah akidah Islam - Ust Fakhrulrazi
Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar. gambar arkib Kecenderungan menggabungkan istilah dan konsep fizik kuantum dengan ajaran tauhid boleh menimbulkan kekeliruan terhadap asas akidah Islam. Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berkata, fizik kuantum tidak boleh dijadikan asas untuk menentukan hakikat zat, sifat dan perbuatan Allah SWT kerana bidang sains dan ilmu tauhid mempunyai asas serta kaedah yang jauh berbeza. "Saya menegaskan bahawa ilmu fizik

Suara Keadilan
Sep 292 min read


Pengampunan bersyarat Najib hak Agong, ubah hukuman, bukan sejarah – Fakhrulrazi
Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar. Gambar arkib Pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini tidak seharusnya dilihat sebagai penghapusan terhadap sabitan mahkamah, kata Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar. Beliau berkata, rakyat perlu menghormati hak prerogatif pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan dalam kerangka Perlembagaan, namun pada masa sama kepentingan terhadap

Suara Keadilan
Sep 182 min read


Gurauan sentuh isu Kristian: Hormati agama lain, jaga keharmonian negara
Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar. Gambar arkib Pemimpin politik perlu lebih berhati-hati ketika membahaskan isu agama, bangsa dan negara bagi memastikan kebebasan bersuara tidak menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk. Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, berkata semua pihak mempunyai hak untuk bersuara dan membahaskan isu berkaitan agama, termasuk dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) tetapi ia perlu disertai tanggungjawab dan sikap men

Suara Keadilan
Sep 152 min read


Politik perkauman, identiti kembalikan penyakau, mundurkan Malaysia
Rakyat perlu menjadikan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sebagai medan memilih kepimpinan berasaskan integriti, amanah, keadilan dan akauntabiliti, bukannya terperangkap dalam politik kaum, agama serta identiti. Bagi mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar), rakyat seharusnya sedar bahawa individu yang didakwa terlibat dalam penyelewengan atau pengkhianatan wang negara amat bergantung kepada siapa yang memegang tampuk kuasa selepas PRU16. "Nasib m

Suara Keadilan
Aug 292 min read


Pemimpin Umno masuk, roh perjuangan Pas semakin berubah?
Perjuangan Pas didakwa semakin jauh daripada prinsip asal parti itu susulan perkembangan politik yang menyaksikan kemasukan beberapa bekas pemimpin Umno ke dalam parti berkenaan. Mantan ADUN Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, Pas suatu ketika dahulu sewaktu beliau bersama parti itu mengutamakan prinsip dan perjuangan Islam sebagai asas, manakala politik hanyalah wadah, kuasa bukan kekutamaan. "Namun hari ini, saya melihat roh perjuangan itu semakin jauh da

Suara Keadilan
Aug 232 min read


Jangan kembalikan ketidaktentuan era PN-BN, teruskan Reformasi total
Reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) perlu diteruskan bagi memastikan perubahan yang dijanjikan kepada rakyat dapat direalisasikan, kata mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar). Beliau berkata rakyat sebelum ini meletakkan harapan tinggi untuk melihat perubahan selepas kerajaan Keluarga Malaysia yang terdiri dari Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum 2022 la

Suara Keadilan
Aug 212 min read


Ulama perlu tampil betulkan kerosakan masyarakat – Ust Fakhrulrazi
Golongan ulama diseru tampil ke hadapan memperbetulkan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat. Mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, tanggungjawab ulama meluas dan tidak terhad kepada pihak tertentu yang mereka sokong. "Sudah tiba masanya para ulama tampil ke hadapan untuk memperbetulkan kerosakan yang telah berlaku dalam masyarakat. "Tanggungjawab ulama bukan sekadar mempertahankan kepentingan kelompok atau kepentingan politik, tet

Suara Keadilan
Aug 172 min read


Pertelagahan parti Melayu di NS bukti slogan 'Melayu terancam' hanya propaganda?
Belum pun seminggu selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) dan BN membentuk Kerajaan Negeri, telah kedengaran dakwaan ahli politik kedua dua belah pihak bertelagah untuk mendapatkan jawatan Exco sehingga muncul cadangan perlunya diwujudkan jawatan Timbalan Exco. Bagi mantan Ahli Dewan Negeri Selangor, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar), masyarakat Melayu yang mengundi PN-BN seharusnya sedar bahawa ancaman dan ketakutan

Suara Keadilan
Aug 52 min read


'Lawan Pas dalam pilihanraya tidak wajar disamakan lawan Islam'
Naratif yang menyamakan tindakan menentang Pas dalam pilihanraya dengan menentang Islam disifatkan sebagai pendekatan yang tidak wajar kerana boleh mengelirukan masyarakat serta mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Mantan ADUN Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, parti politik hanyalah wadah perjuangan dan tidak boleh disamakan dengan agama atau akidah. "Naratif lawan Pas dalam pilihanraya disamakan lawan Islam adalah naratif jahat dan bodoh. "M

Suara Keadilan
Aug 21 min read


PRN Johor: Muhasabah kelemahan untuk bangkit semula
Kekalahan KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri Johor semalam seharusnya dijadikan iktibar untuk memperkuat perjuangan pada masa depan. Bagi mantan ADUN Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar), parti perlu melakukan muhasabah secara terbuka terhadap kelemahan yang menyebabkan kekalahan berkenaan, sambil menegaskan sindrom penafian hanya akan menyukarkan usaha untuk bangkit semula. Menurut beliau, kekalahan yang dialami perlu diakui secara jujur dan dijadikan asas untuk mel

Suara Keadilan
Jul 121 min read


PRN Johor: Kerajaan Negeri - Pusat perlu sehaluan elak ‘kebocoran’
Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu bergerak sehaluan bagi memastikan pentadbiran lebih berkesan serta mengelakkan berlakunya “kebocoran” sebagaimana dititahkan Pemangku Sultan Johor, baru baru ini. Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, keselarasan antara kedua-dua peringkat kerajaan itu penting bagi memudahkan perancangan pembangunan negeri khususnya dan negara. "Perbezaan pasukan sudah pasti akan melambatkan dan membuka ruan

Suara Keadilan
Jun 222 min read


Isu Rohingya: Cadang wujudkan kem pelarian khas
Kerajaan digesa mengambil langkah segera dalam menangani isu warga Rohingya di negara ini, termasuk menyediakan kem pelarian khas bagi menempatkan mereka. Menurut mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, langkah tersebut penting bagi memastikan golongan berkenaan tidak bergerak bebas seperti rakyat tempatan, sekali gus memudahkan pengurusan dan pemantauan. "Untuk tindakan segera dan penyelesaian jangka pendek, saya mencadangkan pihak kera

Redzuan Shamsudin
Jun 111 min read
bottom of page
