top of page

'Lawan Pas dalam pilihanraya tidak wajar disamakan lawan Islam'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Naratif yang menyamakan tindakan menentang Pas dalam pilihanraya dengan menentang Islam disifatkan sebagai pendekatan yang tidak wajar kerana boleh mengelirukan masyarakat serta mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam.


Mantan ADUN Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, parti politik hanyalah wadah perjuangan dan tidak boleh disamakan dengan agama atau akidah.


"Naratif lawan Pas dalam pilihanraya disamakan lawan Islam adalah naratif jahat dan bodoh.


"Mereka yang berpemikiran sebegini berpotensi merosakkan agama dan punca perpecahan umat di dalam negara ini," katanya dalam hantaran di media sosial.


Beliau berkata, penyamaan antara sesebuah parti politik dengan agama boleh membawa kepada pemikiran yang menyimpang daripada prinsip sebenar Islam.


"Parti itu wadah bukan aqidah. Menyamakan parti dengan ad-din adalah kesesatan," katanya yang juga bekas Pemuda Pas pada satu ketika.


Fakhrulrazi berkata, perbezaan pilihan politik tidak seharusnya dijadikan ukuran terhadap keimanan seseorang, apatah lagi dalam politik berasaskan sistem demokrasi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page