Politik perkauman, identiti kembalikan penyakau, mundurkan Malaysia
- Suara Keadilan

- 2 minutes ago
- 2 min read

Rakyat perlu menjadikan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sebagai medan memilih kepimpinan berasaskan integriti, amanah, keadilan dan akauntabiliti, bukannya terperangkap dalam politik kaum, agama serta identiti.
Bagi mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar), rakyat seharusnya sedar bahawa individu yang didakwa terlibat dalam penyelewengan atau pengkhianatan wang negara amat bergantung kepada siapa yang memegang tampuk kuasa selepas PRU16.
"Nasib mereka yang menyakau dan mengkhianati wang negara amat bergantung kepada siapa yang memegang kuasa selepas PRU16," katanya.
Menurut beliau, rakyat berada di persimpangan sama ada mahu dibuai emosi politik identiti dan membiarkan negara terus terjerumus ke kancah penyelewengan, atau kembali mengutamakan politik nilai sebagaimana yang mereka lakukan pada PRU 2018 dan 2022.
"Sudah tiba masanya rakyat mengutamakan politik nilai - integriti, amanah, keadilan, akauntabiliti dan keberanian menentang rasuah," katanya.
Pada masa sama, rakyat digesa memikir masak masak politik identiti dicanangkan sebagaimana dalam pilihanraya Negeri Sembilan baru baru ini, yang hanya memecah-belahkan masyarakat serta boleh digunakan untuk melindungi pihak yang menyalahgunakan kuasa.
"Hentikan politik identiti yang memecah-belahkan rakyat. Jangan sampai isu kaum dan agama digunakan sebagai perisai untuk melindungi mereka yang menyalahgunakan kuasa
"Kerana akhirnya, yang untung daripada perpecahan rakyat ialah penyakau. Yang rugi ialah negara dan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, turut mengingatkan bahawa perjuangan membanteras rasuah masih belum selesai sekiranya individu yang pernah dikaitkan dengan skandal besar masih mempunyai ruang untuk kembali memegang kuasa.
"Kalau pemimpin yang pernah terpalit dengan skandal besar pun boleh mendapat ruang untuk kembali bebas dan berkuasa, kita harus sedar bahawa perjuangan melawan rasuah belum selesai," katanya.
Menurut beliau, PRU16 tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai proses memilih kerajaan baharu, sebaliknya menjadi penentu arah politik negara.
"PRU16 ialah pilihan antara politik nilai atau politik kepentingan
"Jangan gadaikan masa depan negara kerana politik identiti," katanya lagi.




Comments