top of page

Jangan kembalikan ketidaktentuan era PN-BN, teruskan Reformasi total

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) perlu diteruskan bagi memastikan perubahan yang dijanjikan kepada rakyat dapat direalisasikan, kata mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar).


Beliau berkata rakyat sebelum ini meletakkan harapan tinggi untuk melihat perubahan selepas kerajaan Keluarga Malaysia yang terdiri dari Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum 2022 lalu.


"Rakyat dengan penuh harap ingin melihat perubahan berlaku selepas BN dan PN ditumbangkan.


"Perubahan pastinya amat mencabar dan penuh halangan apabila kerajaan PH dan Perpaduan mengambil alih negara dalam keadaan negara meninggalkan masalah besar serta berdepan dengan ketidakstabilan politik dan ekonomi dunia," katanya dalam kenyataan.


Tegas Fakhrulrazi, selepas tiga tahun reformasi total mula mendapat mendapat tempat apabila pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji yang melibatkan salah urus dilakukan oleh beberapa pemimpin Umno yang menerajui TH sebelum 2018, dan pengumuman untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.


"Reformasi (total) yang diperjuangkan oleh PMX telah dimulakan dan hasilnya akan lebih jelas untuk dinilai selepas ini.


"Namun, kesinambungan usaha ini amat bergantung kepada kerajaan yang terus dipimpin oleh mereka yang ikhlas, amanah dan benar-benar meletakkan kepentingan rakyat serta negara sebagai keutamaan," katanya.


Sehubungan itu, kata beliau, segala usaha reformasi akan menjadi sia-sia sekiranya negara kembali dipimpin oleh pihak yang tidak amanah serta mengutamakan kepentingan diri atau kelompok tertentu.


Oleh itu, katanya, rakyat perlu mengekang kemaraan PN-BN sebagai koalisi dalam sebarang pilihanraya selepas ini.


Dalam pada itu, Fakhrulrazi melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan sebahagian rakyat yang mudah dipengaruhi tohmahan pembangkang, khususnya berkaitan isu Tabung Haji.


"Saya agak bimbang dengan sikap rakyat yang amat mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pembangkang sehingga isu sebesar skandal Tabung Haji yang jelas merosakkan nama, harta dan imej umat Islam di negara ini dianggap perkara kecil," katanya.


Beliau berkata reaksi masyarakat terhadap isu berkenaan perlu diberi perhatian dan tidak seharusnya diketepikan begitu sahaja.


Fakhrulrazi mendakwa kesungguhan pemimpin Pas dan PN dalam memesongkan pemahaman orang Melayu dalam isu TH pasti mempunyai agenda tersembunyi di belakangnya, yang harus diperhatikan rakyat dengan sikap berhati hati.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page