top of page

Berita


Keterjaminan makanan terus jadi keutamaan kerajaan - Mohammad Sabu
Keterjaminan makanan negara kekal menjadi keutamaan berterusan kerajaan demi memastikan rakyat tidak terjejas. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun permintaan bekalan makanan meningkat mendadak ketika musim perayaan terutama Aidilfitri, namun bekalan terkawan dan mencukupi sepanjang sambutan perayaan ini. Aidilfitri sinonim dengan perhimpunan keluarga dan hidangan istimewa, aspek keselamatan dan kestabilan bekalan makana

Azuan Ab Rahman
Mar 221 min read


MOTAC tangani impak kenaikan diesel terhadap sektor pelancongan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah diarahkan untuk memulakan segera sesi perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk merangka langkah bersasar menangani kesan kenaikan harga diesel. Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perbincangan bertujuan menilai situasi semasa serta mempertimbangkan sokongan sementara bagi meredakan tekanan jangka pendek, termasuk faktor luaran seperti perkembangan di Asia Barat. Tambahnya, langkah tersebut susulan maklum

Azuan Ab Rahman
Mar 221 min read


Pesta 'Bakar Mercun', Jangan Sampai Keharmonian Jiran Tercalar
Letupan mercun mengganggu keharmonian jiran tetangga, terutama di kawasan perumahan CORET-CORET AIDILFITRI 2026: Berdentum dentam ..berdentum dentam ..kedengaran meriah bunyi mercun di sana sini seminggu sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri. Malam tadi kebanyakan kawasan perumahan dan desa-desa dihujani percikan bunga api serta letupan mercun yang bertali arus bagaikan `medan perang Iran-Isreal’ sehingga menengelamkan tabir raya di masjid-masjid berhampiran. Mungkin bagi me

Noraini Nordin
Mar 213 min read


Transformasi Bazaria Wangsa Maju Martabatkan Ekonomi Rakyat
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Kunjungan saya ke Bazaria Wangsa Maju pada malam-malam terakhir Ramadan baru-baru ini bukan sekadar satu lawatan bermusim. Di sebalik keriuhan warga kota yang membuat persiapan saat akhir Aidilfitri, saya melihat satu perjuangan tujuh tahun yang akhirnya membuahkan hasil yang indah. Satu ketika dahulu, kita sedia maklum bahawa Uptown Danau Kota merupakan tarikan pelancongan ikonik. Namun, jumlah gerai yang tidak terkawal ketika itu menyebabkan lal

Suara Keadilan
Mar 212 min read


Kekal komitmen perpaduan dalam kepelbagaian di Aidilfitri
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menegaskan komitmennya sebagai parti berbilang kaum, agama dan budaya yang berteraskan prinsip keadilan untuk semua, khususnya dalam memperkukuh perpaduan nasional. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) , berkata kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat Malaysia harus diraikan sebagai kekuatan utama dalam perjuangan parti. "KEADILAN ialah parti berbilang kaum, agama dan budaya berteraskan prinsip keadilan untuk semua. Kita meraikan kep

Suara Keadilan
Mar 211 min read


Sokong titah Sultan Selangor, rakyat perkukuh perpaduan - Dr Zulkifli
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyatakan sokongan penuh terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengajak umat Islam mensyukuri nikmat Aidilfitri serta memperkukuh ukhuwah dan perpaduan dalam masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (gambar) , berkata pihaknya menjunjung kasih atas titah tersebut yang disifatkan sebagai panduan penting dalam memperkukuh keharmonian negara. "Jabatan Perdana Menter

Suara Keadilan
Mar 211 min read


Pelabur Iran disaran pindah ke Malaysia, fokus sektor halal
Warga Iran khususnya pelabur yang berdepan tekanan dan pengusiran di rantau Timur Tengah disaran mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi baharu bagi memindahkan pelaburan mereka. Ahli Lembaga Penasihat Wisdom Syariah, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) , berkata cadangan itu dibuat atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan dalam membantu golongan yang terkesan. "Atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan, saya mencadangkan warga Iran yang diusir dari Timur Tengah, terutam

Redzuan Shamsudin
Mar 211 min read


AIDILFITRI 2026: Harga barangan terkawal, rakyat ceria berhari raya
Barangan membuat juadah pada 1 Syawal sentiasa penuh di rak pasar raya ULASAN BERITA: Tidak perlu membuat pembelian `panik’, barangan keperluan raya mudah didapati dengan harga terkawal membolehkan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini terus lancar serta ceria. Tidak boleh dinafikan sejak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan MADANI, suara-suara rungutan berkaitan dengan harga barang untuk persiapan, khasnya pada musim perayaan termasuk Tah

Noraini Nordin
Mar 212 min read


Kukuh perpaduan, erat silatulrahim di Aidilfitri — Fahmi Fadzil
Sambutan Hari Raya Aidilfitri disifatkan sebagai simbol keinsafan dan keutuhan silaturahim yang menjadi asas penting kepada perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) , berkata nilai-nilai yang dibawa oleh Aidilfitri perlu terus diperkasakan dalam menghadapi cabaran dunia moden yang semakin dipacu teknologi. "Aidilfitri adalah simbol keinsafan dan keutuhan silaturahim yang menjadi asas perpaduan dalam masyarakat kita," kat

Suara Keadilan
Mar 211 min read


KBS teliti pendekatan baharu sasar kutipan pingat di Sukan SEA 2027
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti pendekatan baharu bagi menetapkan sasaran pingat kontinjen negara ke Sukan SEA 2027. Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, cadangan menetapkan sasaran pingat emas secara spesifik berbanding jumlah keseluruhan pingat disasarkan seperti yang diguna pakai sebelum ini perlu kajian rapi agar tidak menjejaskan moral serta semangat atlet. Tambahnya, status Malaysia sebagai tuan rumah edisi ke-34 menuntut sasaran le

Suara Keadilan
Mar 211 min read


Kenyataan Hamzah tersasar tersasar dari fakta ekonomi semasa
Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Sivamalar Genapathy (gambar) membidas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung isu subsidi diesel. Menerusi satu kenyataan beliau berkata, kenyataan Hamzah tidak mencerminkan keseluruhan fakta ekonomi semasa dan berpotensi mengelirukan rakyat, khususnya ketika kerajaan melaksanakan penstrukturan semula subsidi bahan api. Tegasnya, kenyataan tersebut juga mengulangi naratif lama yang bersifat

Azuan Ab Rahman
Mar 212 min read


Bersederhana di Aidilfitri, fokus empati, ketahanan ekonomi negara
Seruan agar rakyat menyambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana menjadi penekanan utama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khasnya, susulan ketidaktentuan geopolitik global yang memberi kesan langsung kepada negara. Dalam Perutusan Khas Aidilfitri 2026 yang disiarkan malam tadi, beliau mengingatkan bahawa konflik di Asia Barat bukan sahaja memberi kesan kepada negara terlibat, malah turut menjejaskan Malaysia dari sudut ekonomi dan kos sara hidup. "J

Suara Keadilan
Mar 212 min read


Selangor perkukuh stok makanan hingga 6 bulan hadapi krisis global
Kerajaan Selangor akan mempertingkat bekalan makanan di Gudang Makanan Selangor (GMS) sehingga mampu menampung keperluan selama tempoh enam bulan. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, langkah itu bertujuan menghadapi ketidaktentuan global akibat konflik di Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran. Jelasnya, sasaran itu pada asalnya dijangka dicapai dalam tempoh dua hingga tiga tahun menerusi pelan pembangunan sedia ada, namun diperc

Suara Keadilan
Mar 211 min read


Harga ayam, telur stabil menjelang Aidilfitri, rakyat tenang — KEADILAN Perak
Kestabilan harga barangan asas seperti ayam dan telur menjelang musim perayaan kali ini memberi kelegaan kepada rakyat, sekali gus mencerminkan keberkesanan pengurusan bekalan makanan negara. Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Azam Afandi, berkata situasi kali ini berbeza berbanding sebelum ini apabila rakyat sering berdepan kenaikan harga dan kekurangan bekalan. "Setiap kali musim perayaan, antara perkara yang paling merisaukan rakyat ialah harga makanan asas terutamanya ayam

Redzuan Shamsudin
Mar 202 min read


PM kesal pembangkang terus ‘maki hamun’ ketika negara berdepan krisis dunia
DS Anwar menyelar sikap segelintir pemimpin pembangkang dalam ucapan di Permatang Pauh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap segelintir pemimpin pembangkang yang terus menyerang kerajaan walaupun negara sedang berdepan tekanan akibat konflik geopolitik global. Beliau berkata, tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana situasi semasa berpunca daripada perang dan ketegangan antarabangsa yang menjejaskan ekonomi dunia termasuk kenaikan mendadak harga minyak. "

Helmi Mohd Foad
Mar 202 min read


Menteri Agama santuni 3,000 pengguna lebuh raya di Plaza Tol Gombak
Dr Zulkifli menghulurkan juadah kepada pengguna kenderaan untuk dimakan sepanjang perjalanan Seramai 3,000 pengguna lebuh raya disantuni dalam Program ‘Jom Balik Kampung’ yang diadakan di Plaza Tol Gombak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Program tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan kelmarin, dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Malaysian Relief Agency dan Lembaga Lebuhraya Malays

Redzuan Shamsudin
Mar 201 min read


Sedia ambil langkah intervensi, bekalan makanan mesti cukup - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama semua agensi berkaitan sedang memantau stok, harga dan rantaian bekalan setiap hari dalam memastikan ia mencukupi terutama sepanjang musim perayaan ini. Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, kerajaan sedia mengambil apa saja langkah intervensi bagi memastikan bekalan makanan sentiasa berada di pasaran dan mampu diakses pengguna. "Jika ada tanda-tanda gangguan (bekalan makanan), kerajaan tidak akan tunggu

Helmi Mohd Foad
Mar 202 min read


Jangan Jadi Alat Naratif Asing: Manipulasi Isu Demi Kepentingan Geopolitik
Jangan Jadi Alat Naratif Asing: Manipulasi Isu Demi Kepentingan Geopolitik Dalam suasana geopolitik global yang semakin tegang, tidak mustahil terdapat pihak berkepentingan yang menggunakan pengaruh asing dan perang persepsi bagi mempengaruhi pandangan rakyat Malaysia terhadap negara sendiri. Setiausaha Kerja KEADILAN Johor, Muhd Ezaddin Abdul Rahman berkata, walaupun kritikan terhadap kerajaan adalah sebahagian daripada amalan demokrasi, ia mesti berasaskan fakta, bukan prop

Abdul Rahim Razak
Mar 201 min read


CORET-CORET AIDILFITRI 2026: Lemang Daun Lerek Sajian Istimewa Cikgu Faizal
Cikgu Mohd Faizal membakar lemang daun lerek gunakan kayu batang durian untuk pastikan aroma harum Empat tahun lalu oleh kerana teruja untuk menikmati lemang daun lerek penulis singgah bertamu di sebuah gerai menjual lemang tersebut di pinggir ibu kota. Pada masa tersebut, harga lemang daun lerek yang bersaiz sederhana ialah RM25 sebatang. Manakala lemang daun lerek yang bersaiz 0.6 meter (dua kaki) berharga RM35 sebatang. Tidak perlu merungut mengenai harga sebatang lemang

Noraini Nordin
Mar 202 min read


Krisis minyak Thailand: 30% stesen ditutup, rakyat Malaysia patut bersyukur — Lokman
Krisis bekalan minyak yang melanda negara jiran Thailand wajar dijadikan peringatan kepada rakyat Malaysia agar lebih menghargai kestabilan dan nikmat yang dikecapi ketika ini. Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata situasi di negara jiran itu menyaksikan hampir 30 peratus stesen minyak terpaksa ditutup, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat dan pelancong untuk bergerak. Menurut beliau, keadaan tersebut berbeza dengan Malaysia yan

Suara Keadilan
Mar 202 min read
bottom of page
