top of page

Pesta 'Bakar Mercun', Jangan Sampai Keharmonian Jiran Tercalar

  • Writer: Noraini Nordin
    Noraini Nordin
  • 4 hours ago
  • 3 min read
Letupan mercun mengganggu keharmonian jiran tetangga, terutama di kawasan perumahan
Letupan mercun mengganggu keharmonian jiran tetangga, terutama di kawasan perumahan

CORET-CORET AIDILFITRI 2026: Berdentum dentam ..berdentum dentam ..kedengaran meriah bunyi mercun di sana sini seminggu sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri.


Malam tadi kebanyakan kawasan perumahan dan desa-desa dihujani percikan bunga api serta letupan mercun yang bertali arus bagaikan `medan perang Iran-Isreal’ sehingga menengelamkan tabir raya di masjid-masjid berhampiran.


Mungkin bagi mereka (yang membakar mercun) merasakan tanpa aktiviti tersebut hari raya bagaikan tidak meriah dan ceria.


Namun bagi komuniti yang sensitif dengan bunyi mercun, aktiviti si pembakar mercun disifatkan agak melampau kerana telah mengganggu ketenangan mereka.


Bukan sahaja komuniti terkesan tetapi juga menakutkan haiwan ternakan atau peliharaan di kawasan berkenaan.

Dentuman mercun menggerunkan


Ketenangan malam Aidilfitri jika disulami dengan dentuman mercun serta percikan bunga api yang menggerunkan boleh mencemarkan keharmonian kehidupan bermasyarakat di negara ini.


Ironinya `zon perang mercun’ ini kebanyakannya berlaku di kawasan perumahan kos serderhana, rendah juga perkampungan.


B40 habiskan RM500 beli mercun

Dalam temu bual penulis dengan mereka, ada golongan B40 yang berbangga mengakui sanggup menghabiskan RM500 untuk membeli mercun atas alasan mengembirakan keluarga.

Jenis bunga api pelbagai dan semakin mahal
Jenis bunga api pelbagai dan semakin mahal

"Tahun ini ada anak-anak yang dapat bonus. Lagilah banyak mercun dapat dibeli untuk kegunaan seminggu. Seronok anak cucu kami," akui seorang warga emas yang mahu dikenali sebagai `Atok Amran’ berterus terang.


Pesta membakar mercun atau penulis sifatkan umpama `pesta bakar duit’ perlu ada kawalan dan tidak boleh dibiarkan secara berleluasa.


Trend yang meresahkan ini bukan sahaja amat membazir tetapi juga berisiko mengundang bahaya nyawa serta harta benda serta merugikan masyarakat.


Masyarakat perlu dididik dan diberi kesedaran betapa bahana bermain mercun atau bunga api secara melampau hingga mencetus pergaduhan sesama jiran tetangga.


Keburukan, bahaya bermain mercun di kawasan perumahan


* Main mercun di kawasan perumahan berbahaya kerana risiko kebakaran rumah/kenderaan, kecederaan parah (jari putus, buta), dan gangguan bunyi yang menjejaskan ketenteraman jiran.


* Ia juga berbahaya kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan, berisiko menyebabkan kerosakan harta benda, serta melanggar peraturan polis jika dibakar tanpa izin, terutamanya pada tengah malam.


* Risiko Kebakaran: Mercun yang meletup atau bunga api yang jatuh boleh menyambar rumah, kenderaan, atau rumput kering, sekali gus menyebabkan kebakaran besar.


* Kecederaan Fizikal Parah: Permainan ini boleh mengakibatkan kecederaan serius seperti melecur, kehilangan jari, gegendang telinga pecah, atau buta.


* Gangguan Ketenteraman Awam: Bunyi letupan yang kuat, terutamanya selepas tengah malam, mengganggu tidur penduduk, menakutkan warga emas, bayi, dan haiwan peliharaan.


* Pencemaran udara & kesihatan: Asap tebal daripada mercun boleh menyebabkan masalah pernafasan dan memberi kesan negatif kepada kesihatan penduduk sekeliling.


* Tindakan Undang-Undang: Membakar mercun tanpa permit atau melanggar peraturan (terutamanya selepas jam 12 malam) boleh menyebabkan denda atau hukuman penjara.


Orang ramai dinasihatkan untuk bermain bunga api yang dibenarkan sahaja di kawasan lapang dan bukan di dalam kawasan perumahan yang padat.


Harga mercun, bunga api


Harga mercun dan bunga api di pasaran Malaysia (berdasarkan data 2021–2026) sangat berbeza mengikut jenis, saiz, dan jumlah das.


Harga bermula serendah RM12–RM15 untuk jenis kecil (bunga api asap/padi), manakala bunga api das (138–276 shot) boleh mencecah RM200 hingga RM1,500.


Berikut adalah senarai harga anggaran mercun di pasaran:


Bunga Api & Mercun Kecil

* Bunga Api Sunset Biasa/Besar: RM20 – RM30

* Bunga Api Besi (7" – 14"): RM23 – RM55

* Tikus Tar / Mancis: RM25 – RM35

* Gasing (Sky Dragon/Camelia): RM20 – RM32


Mercun Das (Fountain & Shot)


* Fountain (Pokok Raya/Telur Naga): RM20 – RM60

* Das 15 – 30: RM20 – RM40

* Merdeka 4" (16 – 49 Shot): RM35 – RM80

* Merdeka 4" (138 Shot): RM150 – RM180


Jenis Premium/Besar (2026)


* 138 Shot (4 inci): RM130 – RM200

* 138 Shot (Full Gold/Large): RM200 – RM1,000

* 276 Shot (10 inci): RM900 – RM1,500

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page