top of page

Berita


Harga diesel: Jangan buat perbandingan harga 2011 - 2026, bodohkan rakyat
Tular di media sosial segelintir ahli politik dan penyokong pembangkang membuat perbandingan harga diesel antara tahun 2011–2014, 2022 dan 2026 bagi menggambarkan kegagalan dasar kerajaan, namun seorang netizen tampil membidas naratif tersebut sebagai mengelirukan dan tidak berasaskan fakta menyeluruh. Menerusi satu hantaran panjang, Syazwan Fahmi menegaskan perbandingan harga semata-mata tanpa mengambil kira faktor ekonomi utama merupakan “siri nak membodohkan rakyat”. "Tanp

Helmi Mohd Foad
Mar 242 min read


Malaysia import minyak lebih daripada eksport, subsidi lindungi rakyat - PMO
Perang Amerika Syarikat-Israel menyerang Iran menyebabkan harga minyak dunia melambung tinggi sehingga AS$120 setong. Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), kenaikan harga minyak susulan konflik di Asia Barat itu merupakan kesan langsung yang menyebabkan gangguan rantaian bekalan global apabila Iran bertindak balas menyerang kapal tangki yang cuba melepasi Selat Hormuz. Akibatnya, laluan yang mengangkut 20 peratus minyak dunia berkenaan terhenti. "Apabila laluan ini terganggu

Redzuan Shamsudin
Mar 221 min read


Kenyataan Hamzah tersasar tersasar dari fakta ekonomi semasa
Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Sivamalar Genapathy (gambar) membidas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung isu subsidi diesel. Menerusi satu kenyataan beliau berkata, kenyataan Hamzah tidak mencerminkan keseluruhan fakta ekonomi semasa dan berpotensi mengelirukan rakyat, khususnya ketika kerajaan melaksanakan penstrukturan semula subsidi bahan api. Tegasnya, kenyataan tersebut juga mengulangi naratif lama yang bersifat

Azuan Ab Rahman
Mar 212 min read


Konflik Asia Barat: Kerajaan dicadang perluas skim subsidi diesel
Kerajaan digesa melaksanakan langkah intervensi jangka pendek yang lebih bersasar dengan memperluaskan akses subsidi diesel kepada sektor swasta dan perusahaan yang sebelum ini tidak tersenarai dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Perkara itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang susulan kenaikan harga diesel yang mendadak ketika ini. Dalam masa yang sama katanya, kerajaan juga disaran melaksanakan mekanisme Variation of Price (VOP) b

Akmal Manaf
Mar 192 min read


Harga petrol BUDI95 kekal ketika minyak mentah lebih AS$100 setong - MOF
Kementerian Kewangan (MOF) berkata langkah tersebut ambil bagi melindungi isi rumah dengan harga pasaran bahan api diselaraskan secara berperingkat sejajar kenaikan harga global

Suara Keadilan
Mar 182 min read


Subsidi diesel: Kerajaan ambil langkah terbaik elak kenaikan harga
Cabang KEADILAN Kota Melaka menegaskan langkah kerajaan mengurus subsidi diesel secara bersasar adalah pendekatan yang bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara tanpa menjejaskan kestabilan ekonomi negara. Ketuanya, Yusof Ahmad berkata, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah beberapa kali memaklumkan kepada rakyat mengenai usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam menangani pelbagai cabaran semasa termasuk isu bekalan minyak, pengurusan su

Akmal Manaf
Mar 172 min read


Fahami Harga Minyak Dunia Beri Kesan Kepada Subsidi
Oleh: Mohd Azmi Abdul Hamid ULASAN: Isu subsidi minyak sering menjadi perbahasan hangat dalam masyarakat. Ada pihak yang melihatnya sebagai keperluan untuk melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup. Ada juga yang menganggap subsidi sebagai beban besar kepada kewangan negara. Namun sebelum membuat kesimpulan, rakyat perlu memahami satu hakikat penting iaitu harga minyak yang kita bayar di dalam negara sangat dipengaruhi oleh pasaran minyak dunia. Malaysia tidak hidup

Suara Keadilan
Mar 163 min read


KPDN perketat penguatkuasaan minyak masak peket bersubsidi
Dr Fuziah berpuas hati dengan pelaksanaan penguatkuasaan penjualan minyak masak bersubsidi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperketat penguatkuasaan penjualan minyak masak peket bersubsidi. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah itu juga diambil bagi memastikan subsidi yang disalurkan benar-benar dinikmati rakyat Malaysia Sepanjang tempoh pelaksanaan arahan tersebut, sebanyak 13,564 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh

Azuan Ab Rahman
Mar 141 min read


Jangan kaitkan kenaikan diesel tanpa subsidi dengan harga barang - AMK Melaka
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka membidas kenyataan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang didakwa cuba mengaitkan kenaikan harga diesel dan kesannya ke atas bekalan makanan dengan kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketuanya, Muhamad Hakimin Mokhtar (gambar) berkata, sebagai mantan Timbalan Menteri beliau seharusnya memahami bahawa sektor logistik yang membawa barangan keperluan asas seperti beras, ayam dan sayur-sayuran mengg

Akmal Manaf
Mar 132 min read


Bekalan minyak di Malaysia terjamin, harga RON95 subsidi kekal - PM
Kerajaan memberikan jaminan bekalan minyak di Malaysia dalam keadaan terkawal ketika harga bahan bakar itu melonjak di tengah konflik di Asia Barat susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas yang kemudian merebak ke rantau Teluk sejak hujung bulan lalu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu kerajaan mengambil keputusan sukar dengan mengekalkan harga RON95 di bawah program subsidi Budi walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi. "Alhamdulillah, kera

Helmi Mohd Foad
Mar 111 min read


Kekal subsidi RON95 di tengah perang Asia Barat bukti keprihatinan PM
Jaminan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan berusaha sedaya mungkin mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi ketika harga bahan bakar melambung naik ekoran krisis Asia Barat menunjukkan kebajikan rakyat menjadi keutamaan beliau. Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Azam Afandi berkata mesej paling besar dalam kenyataan Perdana Menteri pada pagi tadi ialah kerajaan bukan sekadar melihat isu petrol sebagai angka ekonomi sebaliknya sebagai isu yang menyentuh kehidupan harian r

Helmi Mohd Foad
Mar 92 min read


Program jualan subsidi tong sas Parlimen Segamat kembali
Program Jualan Subsidi Tong Gas sempena Tahun Baharu Cina Parlimen Segamat kembali bagi siri keenam dan terus mendapat sambutan hangat masyarakat setempat. Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata, inisiatif yang dicetuskan beliau sejak 2024 itu diteruskan bagi tahun pertama 2026 dengan pelaksanaan di Kampung Abdullah, Segamat. Petugas mengagih tong gas Menurutnya, lebih 400 tong gas memasak 14 kilogram dijual pada harga RM10 sebiji, dengan lebih separuh kos subsidi ditang

Suara Keadilan
Feb 171 min read
bottom of page
