top of page

Malaysia import minyak lebih daripada eksport, subsidi lindungi rakyat - PMO

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 4 days ago
  • 1 min read

Perang Amerika Syarikat-Israel menyerang Iran menyebabkan harga minyak dunia melambung tinggi sehingga AS$120 setong.


Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), kenaikan harga minyak susulan konflik di Asia Barat itu merupakan kesan langsung yang menyebabkan gangguan rantaian bekalan global apabila Iran bertindak balas menyerang kapal tangki yang cuba melepasi Selat Hormuz.


Akibatnya, laluan yang mengangkut 20 peratus minyak dunia berkenaan terhenti.


"Apabila laluan ini terganggu, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak


"Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz," kata kenyataan itu.


Menurut PMO lagi, hujah yang dimainkan netizen di media sosial bahawa Malaysia pengeluar minyak dan negara untung besar dengan kenaikan harga global tidak tepat.


Hakikatnya berdasarkan data tahun 2025, Malaysia hanya mengeksport minyak mentah sekitar AS$5.5 bilion tetapi mengimport hampir AS$12.6 bilion. Sekali ganda daripada jumlah eksport.


"Meskipun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, hakikatnya kita mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport," katanya.


Sehubungan itu, kata PMO, kerajaan mengambil langkah proaktif untuk melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga dengan meningkatkan perbelanjaan subsidi secara mendadak.


"Untuk melindungi rakyat, subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu," kata kenyataan itu.


Tambahnya, rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu menanggung harga sebenar pasaran kerana subsidi disalurkan melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel.


"Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan MADANI," kata kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page