top of page

KPDN perketat penguatkuasaan minyak masak peket bersubsidi

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Dr Fuziah berpuas hati dengan pelaksanaan penguatkuasaan penjualan minyak masak bersubsidi
Dr Fuziah berpuas hati dengan pelaksanaan penguatkuasaan penjualan minyak masak bersubsidi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperketat penguatkuasaan penjualan minyak masak peket bersubsidi.


Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah itu juga diambil bagi memastikan subsidi yang disalurkan benar-benar dinikmati rakyat Malaysia


Sepanjang tempoh pelaksanaan arahan tersebut, sebanyak 13,564 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara termasuk 563 di Sarawak, manakala tujuh aduan turut diterima dengan sebahagiannya masih dalam siasatan.


"Bagi mengawal ketirisan subsidi, setiap individu hanya dibenarkan membeli maksimum tiga peket minyak masak sehari.


"Pembelian direkodkan melalui buku log dengan menunjukkan kad pengenalan atau menggunakan aplikasi mudah alih e-COSS yang membolehkan pengguna mengimbas kod pembelian di premis perniagaan.


"Walaupun terdapat sedikit isu teknikal pada peringkat awal, kebanyakan rakyat berpuas hati kerana merasakan hak mereka untuk mendapatkan subsidi terpelihara," katanya selepas melakukan tinjauan di sebuah pasar raya di Kuching.


Sementara itu tambah beliau, setakat ini kira-kira 3.5 juta rakyat Malaysia telah memuat turun aplikasi e-COSS, yang memudahkan pemantauan pembelian harian sekali gus memastikan had pembelian dipatuhi.


"Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat imbasan ketika pembelian dan sistem akan merekodkan jumlah yang telah dibeli pada hari tersebut. Jika sudah mencapai had maksimum, pembelian tambahan tidak lagi dibenarkan," jelas Dr Fuziah.


Dr Fuziah sementara itu menegaskan bahawa tindakan kompaun bakal dikenakan kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan, sama ada penjual mahupun pembeli.


Penjual individu boleh dikenakan kompaun antara RM5,000 hingga RM50,000, manakala syarikat sehingga RM50,000. Pembeli individu pula boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000, dan syarikat sehingga RM50,000.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page