top of page

Berita


Tiada sekatan peruntukan KKDW untuk jalan luar bandar – MoF
Tiada sebarang sekatan dibuat terhadap peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi projek jalan luar bandar, sebaliknya peruntukan berkenaan telah disalurkan sepenuhnya, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan (MoF), Johan Mahmood Merican. Beliau berkata, kekangan pembayaran kepada kontraktor berlaku apabila peruntukan tahun semasa telah dibelanjakan hampir sepenuhnya susulan komitmen KKDW yang melebihi peruntukan tahunan diluluskan. "Setiap

Redzuan Shamsudin
5 days ago2 min read


Jangan jadikan isu judi berlesen modal politik - Dr Muhammad Faiz
Usaha mengharamkan judi berlesen untuk bukan Islam di Kedah perlu dilihat dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan pembahagian kuasa antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, bukannya dijadikan modal politik untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Kerajaan MADANI. Penggerak Rakan Nasionalis Moderat, Dr Muhammad Faiz Bin Na'aman berkata, sasaran sebenar kempen berkenaan dilihat bukan semata-mata atas pertimbangan agama, sebaliknya sengaja dij

Hasbul Ahmad
6 days ago2 min read


Kerajaan MADANI tidak pernah lulus lesen judi baharu - MOF
Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian baharu serta tidak menambah bilangan premis perjudian sejak mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022. Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan jumlah lesen dan permit yang masih berkuat kuasa ketika ini adalah berdasarkan kelulusan lesen sedia ada sejak 1990-an. "Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian baharu dan tidak menambah bilangan kedai perjud

Helmi Mohd Foad
Aug 272 min read


Belanjawan 2027 dirangka rujuk suara rakyat, fokus 10 bidang utama
Belanjawan 2027 akan dirangka dengan mengambil kira suara dan harapan rakyat dengan memberi tumpuan kepada 10 bidang utama termasuk menangani tekanan kos sara hidup, memperkukuh perlindungan sosial serta memperkasa pendidikan dan kesihatan. Kementerian Kewangan (MoF) berkata proses penyediaan Belanjawan 2027 turut melibatkan pandangan komuniti perniagaan, pemegang taruh dan pelbagai lapisan masyarakat bagi memastikan belanjawan itu menyeluruh serta memenuhi keperluan rakyat.

Helmi Mohd Foad
Aug 182 min read


Ekonomi Malaysia berkembang 5.8% suku kedua, atasi jangkaan pasaran
Ekonomi Malaysia berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku kedua tahun ini apabila anggaran awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan 5.8 peratus, didorong daya tahan permintaan domestik dan kesan daripada reformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi itu mengatasi pertumbuhan 5.4 peratus yang direkodkan pada suku pertama 2026 serta melepasi unjuran median ahli ekonomi sebanyak 5.2 peratus.

Helmi Mohd Foad
Jul 172 min read


Pelarasan perbelanjaan tidak jejas perkhidmatan penting rakyat - MOF
Pelarasan perbelanjaan mengurus yang sedang dilaksanakan Kementerian Kewangan (MOF) tidak akan menjejaskan perkhidmatan asas kepada rakyat, sebaliknya hanya melibatkan pengurangan perbelanjaan tidak kritikal. Kementerian dalam kenyataan berkata, semua perbelanjaan teras termasuk sektor keselamatan, kesihatan dan pendidikan akan diteruskan seperti yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2026, sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. "Ini meliputi perbelanja

Helmi Mohd Foad
Apr 302 min read
bottom of page
