top of page

Tidak benar caj QR dikenakan bermula November ini - MoF

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
Oct 19
1 min read

Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mendakwa caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) akan mula dikenakan pada 1 November ini.


Kementerian itu menegaskan maklumat disebarkan menerusi poster tersebut merupakan fitnah dan bertujuan mengelirukan orang ramai.


Menerusi kenyataan pada Ahad, MOF menegaskan tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai pelaksanaan caj tersebut dan orang ramai diseru tidak terpedaya atau menyebarkan maklumat khususnya berkaitan dasar kerajaan dan urusan kewangan.yang belum disahkan kesahihannya.


"Kementerian Kewangan ingin menegaskan tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan.


"Orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat," kata kenyataan itu.


Sebelum ini, sekeping poster yang menggunakan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tular di media sosial mendakwa caj perkhidmatan QR akan bermula pada 1 November ini.


Dakwaan yang berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang menggunakan kaedah pembayaran kod QR itu dilihat disebarkan dengan tujuan kebencian terhadap kerajaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page