top of page

Berita


Gaji minimum RM2,000 langkah tingkatkan keadilan sosial – Hassan
Usaha kerajaan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM2,000 sebulan mulai 1 Jun 2027 disifatkan sebagai langkah positif ke arah merapatkan jurang kekayaan dan memastikan pekerja menerima ganjaran setimpal dengan sumbangan mereka kepada pembangunan negara. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kekayaan negara tidak seharusnya hanya dinikmati pemilik modal dan korporat, sebaliknya perlu diagihkan secara lebih adil kepada golongan pekerja yang menjadi penggerak

Suara Keadilan
Oct 302 min read


Gaji minimum RM2,000 perlu diiringi perlindungan pekerja, sokongan PMKS
Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 perlu disertai penguatkuasaan berkesan, sokongan pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta perlindungan peluang pekerjaan bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dinikmati rakyat. Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri berkata langkah itu dijangka memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja di seluruh negara sekali gus meningkatkan kuasa beli rakyat dan merapatkan

Helmi Mohd Foad
Oct 132 min read


Peningkatan gaji perlu seiring kawalan kos sara hidup - AMK Bukit Mertajam
Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan AMK Malaysia, Abshar Nurasyraf Amram Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Bukit Mertajam menyokong Belanjawan MADANI 2027, namun menegaskan kenaikan pendapatan rakyat perlu disertai langkah berkesan mengawal kos sara hidup bagi memastikan peningkatan gaji benar-benar meningkatkan kuasa beli. Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan AMK Malaysia, Abshar Nurasyraf Amram berkata belanjawan yang baik bukan sahaja perlu mera

Suara Keadilan
Oct 113 min read


Wahai Akmal, apabila gaji minimum naik, B40 terbela - Ker Chean
Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Loh Ker Chean Kenyataan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh, yang mempersoalkan kesukaran pihak majikan menanggung kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan dibidas. Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Loh Ker Chean berkata, persoalan mengenai kos yang perlu ditanggung majikan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melambatkan usaha meningkatkan pendapatan pekerja, khususnya golongan berpendapatan rendah. Menurutnya, ra

Suara Keadilan
Oct 112 min read


Gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027, lebih empat juta pekerja terima manfaat
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027, sekali gus memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja di seluruh negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu antara usaha merapatkan jurang produktiviti dan upah pekerja, selain menangani tekanan kos sara hidup yang berpunca daripada pendapatan rakyat tidak meningkat seiring kenaikan harga barangan. Beliau berkata, kadar pampasan peke

Suara Keadilan
Oct 92 min read


Naik Gaji Minima, e-Invois dan Insentif PKS
Oleh: Andre Lai Chen Heng ULASAN: Rakyat cepat menuduh cadangan menaikkan lagi gaji minima sekadar gula-gula politik untuk memancing undi. Hakikatnya, dari sudut risiko politik, langkah ini sebenarnya sangat bahaya. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bila kos buruh dinaikkan mendadak, peniaga yang tersepit tiada pilihan selain memotong bilangan pekerja atau menaikkan harga barang. Kesannya? Inflasi melo

Suara Keadilan
Oct 22 min read


Kenaikan gaji minima lebih RM1,700 perlu dipertimbangkan - Onn
Kerajaan MADANI disaran mempertimbangkan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada kadar baharu yang lebih munasabah, selaras dengan peningkatan kos sara hidup semasa. Cadangan itu disuarakan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar (gambar) menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober depan. Onn menyifatkan, langkah itu amat penting khususnya bagi membantu golongan pekerja berpendapatan rendah menampung keperluan makanan, perumahan, pengangkutan, persekolah

Akmal Manaf
Oct 21 min read


Semakan gaji minimum ambil kira kemampuan PMKS - KEADILAN Sarikei
KEADILAN Sarikei menyambut baik usaha Kerajaan MADANI meninjau dan meningkatkan dasar gaji minimum sektor swasta, namun berpandangan sebarang pelaksanaan baharu perlu mengambil kira kemampuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee Chin Kui berkata, semakan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan kajian ekonomi dan data menyeluruh dengan mengambil kira prestasi ekonomi, produktiviti, kemahiran, pengalaman serta kelayakan akademik d

Suara Keadilan
Sep 303 min read


Kerajaan MADANI semak semula kadar gaji minimum
Kerajaan sedang dalam proses menyemak semula kadar gaji minimum RM1,700 bagi menentukan sama ada perlu dikekalkan atau dinaikkan ke paras baharu. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan (gambar) berkata, semakan selaras dengan Seksyen 25 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dengan keputusan akhir akan dimuktamadkan Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara (MPGGN). Beliau juga menjelaskan bahawa semakan tersebut mengambil kira indikator asas seperti Pendapa

Suara Keadilan
Aug 191 min read
bottom of page
