top of page

Berita


Sijil UEC: Pemuda UMNO N Sembilan tidak konsisten, sikap dipersoal
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Jelebu, Haqqim Nazaruddin (gambar), mempersoalkan konsistensi pendirian pimpinan Pemuda UMNO Negeri Sembilan susulan beberapa kenyataan yang disifatkan bercanggah dan mengelirukan rakyat. Menurut beliau, isu berkaitan pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) menjadi antara contoh jelas percanggahan tersebut apabila UMNO-BN pernah meletakkan pengiktirafan ke atas sijil berkenaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2018 mereka,

Suara Keadilan
May 302 min read


Perlu pinda Akta Pendidikan untuk iktiraf UEC, bahasa ibunda mudahkan pendidikan
Hassan (tengah) memberi pendapat berkenaan pelaksanaan UEC dan Prof Dr Chin Huat (kanan) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tampil mengkritik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pendidikan Cina kerana terus mempertahankan pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) meskipun ianya belum diiktiraf di bawah Akta Pendidikan 1996. Beliau berkata, pengiktirafan mutlak terhadap UEC tidak boleh dilaksanakan ketika ini kerana sijil tersebut lahir daripada sistem sekolah menengah p

Akmal Manaf
May 262 min read


UEC: Kembali kepada Dasar Pendidikan Negara, utamakan B. Melayu, sejarah
Penguasaan Bahasa Melayu dan kefahaman terhadap sejarah negara perlu kekal sebagai syarat asas dalam sistem pendidikan negara termasuk dalam isu pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC), kata Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, isu pengiktirafan UEC perlu ditangani berpandukan Dasar Pendidikan Negara, Perlembagaan Persekutuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tanpa mengorbankan asas pembinaan negara ban

Redzuan Shamsudin
May 212 min read


Masuk IPTA guna UEC bukan ‘pengiktirafan penuh’, henti main sentimen kaum
Penyebaran naratif mengelirukan berhubung kemasukan pemegang sijil UEC serta pelajar aliran Tahfiz dan Pondok ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disifatkan sebagai tidak tepat dan berpotensi menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat. Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos berkata, kemasukan tersebut bukanlah satu bentuk pengiktirafan penuh kepada mana-mana aliran pendidikan, sebaliknya dilaksanakan secara bersyarat dan terhad kepada bidang terte

Suara Keadilan
May 162 min read


Isu UEC, tahfiz dipolitikkan: Ramai tidak faham struktur pendidikan negara
Polemik berhubung kemasukan lepasan UEC ke IPTA dilihat bercelaru apabila sebahagian pihak mula mengaitkannya dengan institusi tahfiz tanpa memahami struktur sebenar sistem pendidikan negara. Di media sosial, timbul naratif kononnya kerajaan sedang “menunggang” institusi tahfiz untuk membuka laluan pengiktirafan kepada UEC sedangkan kedua-dua aliran itu mempunyai syarat dan mekanisme kemasukan berbeza yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan tinggi negara. Penceramah

Helmi Mohd Foad
May 162 min read


Negeri ditadbir Pas lebih dulu iktiraf kelayakan UEC - Danish
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Danish Hairudin (gambar) menyelar tindakan pemimpin pembangkang yang cuba memainkan sentimen berhubung isu kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Menerusi satu kenyataan beliau menegaskan, keputusan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bukanlah pengiktirafan penuh secara 'pintu terbuka' seperti didakwa. "Keputusan kerajaan hari ini sangat terhad, sangat terkawal dan ma

Azuan Ab Rahman
May 162 min read


UEC: Kerajaan ambil pendekatan terbuka, sederhana tangani isu pendidikan
DS Anwar nerasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Seremban Keputusan Kerajaan MADANI membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi satu lagi langkah penting reformasi pendidikan negara yang mengangkat prinsip keadilan, keterangkuman dan perpaduan nasional. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan tersebut telah diputuskan secara rasmi oleh Jem

Suara Keadilan
May 152 min read


Iktiraf UEC sejak era UMNO-BN, tiada siapa bantah sejak 2018
Kontroversi mengiktiraf Sijil Pemeriksaan Bersepadu (UEC) untuk diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengikuti kursus tertentu bukan dasar yang diluluskan pada era Kerajaan Perpaduan, sebaliknya telah wujud sejak era pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak pada 2018 lalu. Sehubungan itu, bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Amidi Abdul Manan (gambar), UMNO adalah pihak yang paling layak menjelaskan rasional keputusan mengiktiraf UEC yang dibuat ketika

Akmal Manaf
May 152 min read
bottom of page
