top of page

Sijil UEC: Pemuda UMNO N Sembilan tidak konsisten, sikap dipersoal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 minutes ago
  • 2 min read

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Jelebu, Haqqim Nazaruddin (gambar), mempersoalkan konsistensi pendirian pimpinan Pemuda UMNO Negeri Sembilan susulan beberapa kenyataan yang disifatkan bercanggah dan mengelirukan rakyat.


Menurut beliau, isu berkaitan pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) menjadi antara contoh jelas percanggahan tersebut apabila UMNO-BN pernah meletakkan pengiktirafan ke atas sijil berkenaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2018 mereka, namun sekarang berkata lain.


"Jika UEC ditolak hari ini, mengapa pengiktirafannya pernah dimasukkan dalam Manifesto Barisan Nasional PRU14?" tanyanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah beliau, keadaan menjadi lebih mengelirukan apabila terdapat pihak yang menyalahkan Pakatan Harapan (PH) berkaitan isu UEC sedangkan portfolio pendidikan tinggi diterajui oleh Menteri daripada UMNO.


Haqqim turut menyentuh sikap segelintir pihak yang dilihat menentang kerjasama dengan Pakatan Harapan, namun pada masa sama terus menikmati kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan.


"Jika benar kerjasama ini ditolak, adakah mereka bersedia melepaskan segala jawatan yang diperoleh daripadanya?" soalnya.


Beliau menegaskan bahawa pendekatan politik berasaskan perkauman dan agama tidak akan menyelesaikan masalah utama ditanggung rakyat seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan cabaran ekonomi.


"Rakyat hari ini mahukan penyelesaian, bukan retorik yang memecah-belahkan masyarakat."


Dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya semua pihak tidak bermain politik dua wajah yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat.


“Tidak boleh pada siang hari menikmati manfaat kuasa hasil kerjasama politik, tetapi pada malam hari menjadi juara menyerang rakan sendiri. Rakyat melihat dan mampu membezakan antara prinsip dengan hipokrasi,” tegasnya.


Dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya semua pihak tidak bersikap 'talam dua muka' yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat.


"Tidak boleh pada siang hari menikmati manfaat kuasa hasil kerjasama politik, tetapi pada malam hari menjadi juara menyerang rakan sendiri. Rakyat melihat, rakyat menilai, dan rakyat tahu membezakan antara prinsip dengan hipokrasi," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page