top of page

Berita


Belanjawan 'gula gula': Apa cadangan MB Sanusi bantu rakyat?
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi menjadi sasaran kritikan apabila menyifatkan Belanjawan 2027 sebagai bajet ‘gula-gula’ yang didakwa bertujuan memancing sokongan rakyat. Membidas kenyataan itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail berkata pemimpin seharusnya tampil dengan cadangan penyelesaian yang konkrit bagi menangani masalah rakyat, bukannya sekadar

Akmal Manaf
2 hours ago2 min read


Saman MP Pas ditarik balik: 'Sampai di mahkamah, setiap perkataan ada harga'
Kemelut saman fitnah antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen (MP) Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, berakhir selepas kedua-dua pihak mencapai penyelesaian secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. Mengulas penyelesaian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail (gambar) berkata, apabila sesuatu kenyataan diuji di mahkamah, akhirnya ia perlu dipertanggungjawabkan. "Hari ini kita belajar satu perkara mudah d

Akmal Manaf
Sep 242 min read


Tidak mungkin Parlimen dibubar setiap kali Menteri letak jawatan - AMK Kedah
Gesaan supaya Parlimen dibubarkan susulan tawaran peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan disifatkan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail (gambar) sebagai hujah dangkal bagi persoalan politik yang besar. Katanya, tawaran Loke hanya terhad kepada reaksi atau pendirian DAP berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, yang tidak sejalan dengan prinsip DAP, tidak lebih daripada itu. Oleh itu, gesaan s

Suara Keadilan
Sep 202 min read


MB Sanusi perlu hormat keputusan mahkamah, jangan kait judi dengan PM
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail (gambar), menegaskan pendirian pihaknya yang tidak menyokong aktiviti perjudian, namun pada masa sama menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghormati bidang kuasa undang-undang dan keputusan mahkamah. Mohammad Fitri berkata pendirian menolak judi tidak seharusnya dicampuradukkan dengan isu bidang kuasa eksekutif serta keputusan mahkamah sebagaimana ceramah Sanusi baru baru ini yang men

Redzuan Shamsudin
Aug 293 min read


Terima RCI TH: Utamakan institusi umat Islam, bukan kepentingan politik
Semua pihak yang sebelum ini mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) untuk menyiasat sama ada aset TH dijual kepada bukan Islam oleh Kerajaan Pakatan Harapan 1.0, diseru agar berani menerima segala dapatan laporan berkenaan selepas ia didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail berkata, siasatan telah dijalankan dan laporan berkenaan juga sudah didedahkan kepada orang ramai, justeru s

Akmal Manaf
Aug 282 min read


Isu Rohingya: Boleh berperikemanusiaan tanpa gadaikan keselamatan – AMK Kedah
Malaysia perlu terus mengamalkan pendekatan berperikemanusiaan terhadap pelarian Rohingya, namun pada masa sama memastikan aspek kedaulatan, keselamatan dan kepentingan rakyat tidak diketepikan, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail. Beliau berkata laporan The Economist kelmarin mengenai keadaan pelarian Rohingya di Malaysia yang agak negatif perlu dilihat secara menyeluruh dengan mengambil kira realiti serta kebimbangan yang berlaku di lapangan

Suara Keadilan
Aug 242 min read


Pelaburan KWAP diurus secara profesional, kenapa kaitkan dengan PM?
Cubaan untuk mengaitkan secara langsung sesuatu keputusan pelaburan dengan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, merupakan tafsiran yang terlalu mudah terhadap proses membuat keputusan pelaburan, sekali gus tidak mencerminkan bagaimana institusi pelaburan sebenarnya beroperasi. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail (gambar) berkata, jika benar Menteri Kewangan membuat setiap keputusan pelaburan, maka keseluruhan k

Akmal Manaf
Jul 232 min read


Baju koyak: Serlah sifat kesederhanaan Anwar biarpun bergelar PM
Tularnya baju batik Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat koyak dan dijahit semula pada bahagian lengan sebelah kiri telah mencetuskan pelbagai reaksi warganet di media sosial. Namun bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail (gambar) perkara yang lebih utama untuk dinilai bukanlah pada pakaian yang dipakai seorang pemimpin, sebaliknya bagaimana kuasa dan amanah yang diberikan rakyat, digunakan untuk membawa manfaat dan meningka

Akmal Manaf
Jun 171 min read
bottom of page
