Anak muda perlu cari makna baharu Hari Kemerdekaan
Ketua AMK, Akmal Nasir menyifatkan generasi baru anak muda perlu mencari makna baru bagi menghayati sambutan Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Beliau berkata, makna yang dihayati oleh generasi terdahulu adalah berbeza kerana meraikan pembebasan Tanah Melayu daripada cengakaman penjajah yang telah menindas masyarakat setempat dalam pelbagai bentuk demi mengaut keuntungan kekayaan hasil bumi negara. "Perkembangan politik dan ekonomi tanah air sejak beberapa dekad y