top of page

Bendera hitam berkibaran di media sosial


Kempen bendera hitam didapati mendapat sambutan luar biasa di serata platform media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok, menunjukkan rakyat sudah berada dalam keadaan terdesak ketika ini.


Sejak pukul tiga petang, ramai yang mula memuatnaik bendera hitam dengan menggunakan kreativiti masing-masing.


Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama MV Nathan bertindak mempamerkan bendera hitam menggunakan plastik sampah berwarna hitam di perkarangan rumahnya.


"Nah! Bendera hitam aku dah naik. Barang siapa tak suka atau nak marah, sila unfriend saja. Tak usah susahkan diri pasal gambar aku.


"Undur sajalah korang semua kat gomen sekarang. Hidup kat dunia ini jangan susahkan orang. Tak reti mentadbir biar letak jawatan. Beri laluan kat orang lain" serunya.


Seorang pengguna Twitter, Arvenesh turut menggunakan plastik hitam untuk menunjukkan tanda sokongan kepada kempen bendera hitam.


"Tidak ada bendera hitam, tapi guna benda yang lebih sesuai untuk kerajaan sekarang," katanya sambil menggunakan tanda pagar #kerajaansampah #kerajaangagal #Lawan #benderahitam.


Seorang pengguna di Instagram, Ariff Ash yang merupakan seorang peniaga turut serta mengibarkan bendera hitam menggunakan bajunya yang berwarna hitam.


"Khas daripada saya dan pengusaha-pengusaha kecil yang terjejas bukan kerana Covid-19 lagi dah, tapi kerana diskriminasi yang kami terpaksa terima atas kegagalan orang lain.


"Ya, ada antara kami bertahan sudah setahun. Tapi dengan keadaan sekarang, adakah kami mampu bertahan 3-4 bulan lagi," katanya.


Seorang lagi pengguna Instagram, Jehan Bakar menggunakan tudung hitamnya sebagai bendera hitam di luar rumahnya serta membuat beberapa tuntutan.


"Tiga tuntutan. Perdana Menteri letak jawatan, tamat darurat dan buka Parlimen kerana bencana Covid-19 sudah tidak terbendung dek darurat, lockdown dan PKPD.


"Sebagaimana bendera putih, bendera hitam ini juga ialah perjuangan rakyat untuk rakyat. Enough is enough. Ini soal kelangsungan hidup dan kesejahteraan negara.


"Bantah untuk segala kegagalan, kebangsatan, kebodohan dan kezaliman mereka. Mereka yang bebal tidak layak berada di tampuk pemerintahan," katanya sambil turut menggunakan tanda pagar #Lawan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page