top of page

KEADILAN pandang serius tindakan aktivis 'troll' mohon jadi ahli parti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

KEADILAN sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap seorang aktivis yang mengaku mempersenda parti itu dengan memohon keahlian dan menggunakan logonya di media sosial.


Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Aidi Amin Yazid (gambar) dipetik laporan media menegaskan, pihaknya memandang serius setiap permohonan keahlian dan mengharapkan pemohon berkongsi nilai yang sama.


"Parti mengambil maklum tentang pengakuan aktivis tersebut bahawa permohonan keahliannya hanyalah gurauan.


"(Individu tersebut) telah mencemarkan nama baik parti dengan menyalahgunakan logo dalam hantaran di media sosialnya sebelum ini.


"Tindakan undang-undang terhadapnya sedang diteliti bagi menghalang perbuatan mempersenda pada masa akan datang yang boleh mencetuskan ketidakharmonian di sebalik permohonan keahlian," katanya.


Khamis lepas, aktivis tersebut Tamim Dahri Abdul Razak memuat naik dua hantaran di Facebook dan menyuarakan hasrat untuk menyertai KEADILAN sambil meminta borang pendaftaran, kemudian memaparkan permohonan dalam taliannya yang telah lengkap dan sedang menunggu kelulusan.


Bagaimanapun Malaysiakini dalam laporannya semalam menyebut, Tamim mengakui pengumuman terbukanya mengenai perkara itu tidak lebih daripada sekadar bahan jenaka untuk mempersenda KEADILAN dan penyokongnya dengan mendaftar untuk menyertai parti itu.


"Benda gurau bila kena terangkan, jadi tak best. Yelah, nanti aku hantar borang Pas pulak. Ok tak pembaris?" katanya dalam hantaran di Facebook.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page