top of page

Kempen bendera hitam tuntut kerajaan tamat darurat, Parlimen bersidang

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jul 3, 2021
  • 1 min read

Kempen bendera hitam menjadi platform kepada beberapa pemimpin politik untuk turut serta memberi tekanan kepada kerajaan Perikatan Nasional.


Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang bertindak mengibarkan seluar hitamnya di akaun TikTok miliknya serta membuat tuntutan kepada kerajaan.


"Kita menuntut supaya Parlimen bersidang segera, yang kedua kita minta darurat ditamatkan segera dan yang ketiga, paling penting kita sangat kecewa dengan Muhyiddin Yassin, kita sangat bengang dengan PN.


"Maka berundurlah Muhyiddin Yassin, berambuslah PN," katanya.


ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei pula bertindak memasang bendera hitam di hadapan pejabatnya.


"Kalau anda tertanya-tanya mengapa pejabat kami kibarkan bendera hitam hari ini, kami menyokong kempen #BenderaHitam oleh Sekretariat Solidariti Rakyat sebagai tanda protes dan menuntut Perdana Menteri letak jawatan, sidang Parlimen diadakan segera dan darurat ditamatkan serta-merta.


"Jika anda sudah tidak tahan, kibarkanlah bendera hitam. Ambil gambar dan muatnaik di akaun media sosial menggunakan tanda pagar #Lawan," katanya.





Turut kelihatan, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menggunakan bajunya sebagai bendera hitam.


"Tak ada bendera, pakai t-shirt hitam Sweet Charity," katanya yang turut mempamerkan tanda pagar #Lawan #BenderaHitam #KerajaanGagal.



ADUN Paloh, Syeikh Omar Ali turut memuatnaik gambar beliau memegang bendera hitam.


"Kibar bendera hitam," katanya sambil menggunakan tanda pagar #Lawan #KerajaanGagal.




Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page