top of page

Siapa kata Quranic Madani usaha tutup kontroversi Rain Rave?

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • May 8
  • 2 min read

Tidak semua perkara perlu dilihat melalui lensa persaingan politik atau sentimen kebencian, tegas Sheikh Omar Ali.

Naib Pengerusi DAP Johor itu merujuk kepada kritikan sinis beberapa pihak berkaitan penganjuran program Quranic Madani di Bukit Bintang dengan mendakwa ia sebagai usaha 'menutup' kontroversi Rain Rave sebelum ini.


Sheikh Omar menyifatkan, polemik seperti itu tidak wajar terus dipolitikkan sehingga mengeruhkan perbincangan awam dan memecah-belah.


Katanya, Malaysia perlu kekal menanggapi sesuatu isu secara rasional dan matang, bukan emosional atau 'reactionary'.


"Dalam realiti hari ini, pelbagai bentuk program, acara dan ekspresi sosial akan terus wujud. Malaysia perlu tampil sebagai negara yang yakin dengan identitinya sendiri, tanpa bersikap terlalu tertutup atau terlalu ekstrem dalam menghadapi perubahan semasa.

Sheikh Omar Ali
Sheikh Omar Ali

"Hakikatnya, inilah juga antara usaha yang sedang digerakkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati dunia, bukan sahaja dari sudut ekonomi dan pelaburan, tetapi sebagai negara yang stabil, matang dan mampu mengurus kepelbagaian sebagai suatu kekuatan.


"Benar. Keterbukaan tidak bermaksud kita kehilangan identiti. Di sinilah uniknya Malaysia yang dibina atas keseimbangan yang sangat tersendiri. Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Melayu dan Bumiputera yang dipelihara, pada masa sama mengiktiraf, meraikan dan menghormati kepelbagaian kaum, agama, budaya dan cara hidup.


"Inilah identiti yang menjadikan Malaysia unik di mata dunia. Kesemua ini telah digariskan dalam Perlembagaan. Ia menjadi asas kerukunan serta kestabilan negara. Sebab itu kita tidak perlu terlalu mudah melatah setiap kali timbul isu yang menyentuh soal agama, bangsa dan budaya hidup masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.


Sheikh Omar berkata, tanggungjawab sebagai rakyat adalah memahami dan menghayati semangat Perlembagaan, mempertahan identiti negara, pada masa yang sama menghormati realiti kepelbagaian Malaysia.


Beliau menegaskan, program berbentuk kemasyarakatan, kebudayaan, keagamaan mahupun tarikan pelancongan tidak wajar dijadikan alat politik sempit yang menyemai kebencian.


"Malaysia cukup luas untuk meraikan kepelbagaian selagi semuanya bergerak atas batasan undang-undang serta rasa hormat antara satu sama lain.


"Bagi saya, kita perlu mempertahankan nilai Islam tanpa menjadi penghukum tak bertauliah yang ekstrim. Kita juga perlu meraikan kepelbagaian. Jangan korbankan kesatuan, kerukunan dan rasa hormat sesama rakyat.


"Hakikatnya, kekuatan Malaysia bukan pada keseragaman, tetapi pada kemampuan mengurus perbezaan dengan damai, matang dan berhemah.


"Negara ini tidak akan stabil jika semua perkara mahu dilihat melalui lensa kemarahan politik dan polarisasi sosial," ujarnya.

2 Comments


bentiecesav.a.ge54.62
Jun 25

hitclub mình vừa lướt thử cho biết vì thấy nhiều người nhắc, chủ yếu muốn xem trang họ làm có rõ ràng không thôi. Vào cái là thấy họ nhắc vụ kiểm tra đúng link đúng tên miền khá nổi bật, kiểu đặt ngay chỗ dễ nhìn nên đỡ cảm giác mù mờ lúc đăng nhập. Mình không có đi sâu gì, chỉ xem sơ giao diện và mấy nút cơ bản, thấy bố cục khá gọn, không bị rối mắt. Mấy chỗ như đăng ký đăng nhập để ngay trên đầu nên khỏi phải mò. Với lại trên trang có hiển thị thời điểm họ “kiểm tra link” ở đầu trang, nhìn phát là biết thông tin đang được…

Like

robert50powell.9.5.8.4+abc123
May 24

tỷ lệ kèo nhà cái dạo này thấy mọi người nhắc hoài nên mình cũng ghé thử cho biết. Mình không rành kiểu phân tích sâu đâu, chủ yếu xem trang trình bày có dễ nhìn không thôi. Lướt một vòng thấy bảng kèo để dạng cột khá rõ, nhìn phát là so được mấy con số mà không phải kéo qua kéo lại nhiều. Cái mình thích là phần cập nhật nhìn có vẻ nhanh, vào trang là thấy thông tin mới hiện sẵn chứ không phải bấm nhiều bước. Mấy đoạn giải thích về kèo cũng viết vừa đủ, đọc lướt vẫn nắm được ý, không bị dài dòng kiểu bài PR. Trên điện thoại thao tác ổn,…

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page