top of page

Anak muda perlu cari makna baharu Hari Kemerdekaan


Ketua AMK, Akmal Nasir menyifatkan generasi baru anak muda perlu mencari makna baru bagi menghayati sambutan Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.


Beliau berkata, makna yang dihayati oleh generasi terdahulu adalah berbeza kerana meraikan pembebasan Tanah Melayu daripada cengakaman penjajah yang telah menindas masyarakat setempat dalam pelbagai bentuk demi mengaut keuntungan kekayaan hasil bumi negara.


"Perkembangan politik dan ekonomi tanah air sejak beberapa dekad yang lalu telah mencetuskan pelbagai siri kebangkitan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan cengkaman.


"Sebagai contoh, kempen #Lawan yang digerakkan sekumpulan anak muda baru-baru ini menzahirkan pegangan prinsip anak muda yang menolak corak pemerintahan yang tidak mementingkan soal urus tadbir yang baik dan ekonomi rakyat, khususnya ketika pandemik Covid-19 ini.


"Percaturan politik yang berpanjangan sehingga menjejaskan usaha menangani kesan pandemik Covid-19 telah menyebabkan anak muda berdepan dengan masalah pengangguran dan kehilangan sumber pendapatan selain daripada isu kesihatan mental yang kian runcing.


"Ekonomi dan kehidupan anak muda semakin tersepit, tatkala orang-orang politik sibuk mengagih jawatan dan kuasa.


"Kes harian dan kematian akibat Covid-19 yang saban hari mencatatkan angka yang tinggi telah menimbulkan ketidaksenangan rakyat terhadap kegagalan kerajaan dalam memastikan keselamatan rakyatnya," katanya.


Justeru, katanya, generasi baru anak muda perlu menggarap erti semangat kemerdekaan yang baharu dengan menuntut sebuah kerajaan yang mementingkan nilai-nilai demokrasi dan kebajikan rakyat.


"Tanggal 31 Ogos seharusnya menjadi tarikh untuk kita memperbaharui semangat dan iltizam kita bersama dalam usaha kita membentuk sebuah negara Malaysia yang benar-benar bebas daripada sebarang bentuk cengkaman yang membebankan rakyat.


"Semoga sambutan Kemerdekaan pada tahun ini lebih bermakna buat kita semua.


"Walau dalam kesusahan menghadapi pandemik Covid-19, semangat toleransi dan sikap saling bantu-membantu antara kita walau berbilang kaum dan agama telah menjadi simbol kesatuan masyarakat Malaysia.


"Semoga Allah melindungi dan memberikan rahmat buat seluruh rakyat Malaysia. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64, Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page