Demontrasi Keluar Dan #Lawan anjuran anak muda Sekretariat Solidariti Rakyat yang mengenakan baju hitam hari ini berakhir secara aman selepas berlangsung selama 3 jam.
Anak muda diminta bersurai oleh pihak polis pada pukul 12.30 tengah hari tadi.
Peserta himpunan kira-kira 1,000 orang mengambil masa sekitar 30 minit untuk mengosongkan Jalan Tun Perak dan persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman yang dijadikan medan tunjuk perasaan.
Meskipun tidak membawa khalayak yang besar namun himpunan anak muda ini mencatat sejarah sebagai yang pertama diadakan dalam tempoh Darurat berkuatkuasa mulai 11 Januari hingga 1 Ogos 2021.
Anak muda juga membacakan beberapa tuntutan, terutama menggesa Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan segera dan kerajaan Perikatan Nasional berundur.
Demo baju hitam itu juga berjaya menarik perhatian umum mengenai kegagalan Darurat selama 6 bulan yang menyebabkan lebih banyak kematian dan peningkatan jumlah jangkitan wabak Covid 19 sebanyak 15 kali ganda berbanding sebelum perisytiharan Darurat.
Comments