top of page

Berita


Turun harga diesel: PM dengar suara akar umbi parti, rakyat - Syed Badli
KEADILAN Cabang Titiwangsa menyifatkan keputusan Kerajaan MADANI menurunkan harga diesel kepada RM2.10 seliter dan melaksanakan subsidi diesel bersasar menerusi BUDI MADANI, membuktikan kerajaan mendengar dan mengambil langkah yang betul terhadap keluh kesah rakyat berhubung kos sara hidup. Menyambut baik langkah kerajaan menurun harga diesel itu, Ketua Cabang KEADILAN Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman (gambar) menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Perda

Akmal Manaf
Jun 221 min read


PRN Johor, N Sembilan: Kerjasama PH-BN di pusat bertahan selama diperlukan
Ketua Cabang KEADILAN Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman (gambar) berkata hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan sebelum ini berada dalam keadaan baik, namun keadaan mula berubah apabila BN Johor mengambil pendirian untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). "Tak ada masalah kerjasama (PH-BN) elok (sahaja) tapi di mana mulanya bau keretakan atau gangguan terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan ini? "Ia

Akmal Manaf
Jun 52 min read


Jangan jadikan ibadah korban pemimpin parti kerajaan bahan politik murahan
Ketua Cabang KEADILAN Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman (gambar) menyelar kenyataan seorang warga net yang cuba mempolitikkan isu ibadah korban menerusi platform media sosial. Syed Badli menegaskan, meskipun netizen itu ghairah mempromosikan parti politik, isu sensitif melibatkan agama dan ibadah korban sempena Aidiladha tidak seharusnya dipolitikkan atau dijadikan bahan serangan. "Bab ibadah korban tak sepatutnya dijadikan senjata untuk menyerang orang lain. Berbeza lah

Akmal Manaf
May 282 min read


KEADILAN Titiwangsa usul kuota subsidi diesel, pengurangan cukai jalan
Syed Badli (tiga dari kanan) bersama Datuk Fahmi dalam MATC Titiwangsa, semalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Titiwangsa mengemukakan usul supaya kerajaan menstruktur semula bantuan kepada pengguna diesel bagi menangani kesan kenaikan harga bahan api. Ketua Cabangnya, Syed Badli Shah Syed Osman, berkata usul tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) 2026 yang berlangsung pada 12 April lalu. Menurut beliau, cadangan penstrukturan itu terma

Redzuan Shamsudin
Apr 131 min read


Anggota KEADILAN tidak sebulu boleh berundur secara terhormat - Syed Shah
Parti perlu sentiasa berwaspada terhadap unsur dalaman yang boleh melemahkan KEADILAN, termasuk sikap segelintir anggota yang disifatkan sebagai “barah” dalam organisasi. Ketua Cabang Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman (gambar) , berkata KEADILAN merupakan sebuah wadah perjuangan politik yang terbuka dan tidak menghalang mana-mana anggotanya untuk meninggalkan parti. "Parti ini adalah sebuah wadah perjuangan politik yang terbuka menerima kedatangan sesiapa sahaja. Itu bee

Suara Keadilan
Apr 52 min read
bottom of page
