Jangan jadikan ibadah korban pemimpin parti kerajaan bahan politik murahan
- Akmal Manaf

- 5 hours ago
- 2 min read

Ketua Cabang KEADILAN Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman (gambar) menyelar kenyataan seorang warga net yang cuba mempolitikkan isu ibadah korban menerusi platform media sosial.
Syed Badli menegaskan, meskipun netizen itu ghairah mempromosikan parti politik, isu sensitif melibatkan agama dan ibadah korban sempena Aidiladha tidak seharusnya dipolitikkan atau dijadikan bahan serangan.
"Bab ibadah korban tak sepatutnya dijadikan senjata untuk menyerang orang lain. Berbeza lah pandangan (macam) mana (sekali) pun, tak apa, tapi jangan sampai kita pertikai ibadah, agama (dan) menjadikan senjata untuk mainan politik.
"Dah lah (di) hari baik, bulan baik, tapi ada juga orang jadikan senjata perkara-perkara berkaitan ibadah ini.
"Dalam KEADILAN, kita ada 222 Cabang, ini saya nak bercakap bagi pihak Cabang saya (iaitu) Titiwangsa. Kami mohon (sumbangan) lembu.
"Saya mesej pimpinan-pimpinan parti siapa yang ada niat (nak buat) ibadah korban, mari sumbangkan lembu kepada kami (bermakna bukan semua Cabang dapat sumbangan lembu).
"Kami nak laksanakan bagi pihak kerana Cabang saya ada keupayaan untuk melaksanakan ibadah korban," katanya menerusi satu penjelasan dalam siaran video yang dimuat naik di media sosial.
Terdahulu, netizen tersebut dalam hantaran di Facebooknya menyatakan ‘27 tahun PKR. Hari ini dalam sejarah: Setiap Cabang menerima seekor lembu korban dan DIWAJIBKAN ‘upload’ di media sosial, untuk ‘counter attack’ isu viral hanya Permatang Pauh dapat 260 ekor’
Susulan itu, Syed Badli berkata soal memuat naik program korban di media sosial bergantung kepada keputusan setiap Cabang dan tidak sepatutnya dijadikan isu.
Katanya, sejak beliau mengambil alih Cabang Titiwangsa, program korban telah menjadi acara tahunan Cabang berkenaan dan sememangnya akan dikongsikan kepada masyarakat menerusi media sosial.
"Tahun lepas saya ‘upload’, tahun ini (juga) saya ‘upload’. Orang Cabang turun, kawan-kawan (pula) raikan. Kita ‘upload’ lah. Takkan yang itu pun jadi isu?
"Setiap lembu korban yang disumbangkan ada penyumbangnya sendiri dan Cabang hanya bertindak sebagai pelaksana. Tidak semua sumbangan datang daripada ahli politik.
"Takkan saya nak kena ‘declare’ (isytihar) setiap ekor lembu datang daripada siapa? Jadi tak betul lah tuduhan itu," bidas beliau.
Dalam video sama, Syed Badli turut menjawab dakwaan yang dibangkitkan berhubung kos keseluruhan jika melibatkan 260 ekor lembu korban yang disumbangkan PM Anwar kepada Parlimen Permatang Pauh termasuk persoalan sama ada ia menggunakan dana awam atau sumbangan peribadi.
"Datuk Seri Anwar memang ada keupayaan dan kekuatan kewangan beliau sendiri.
"Sebab itu jadi Perdana Menteri (PM) pun beliau tak ambil gaji.
"Tapi dari dulu lagi (sebelum jadi PM) beliau sudah menyumbangkan macam-macam. Jadi takkan setiap sen sumbangan nak kena ‘declare’?," soal Syed Badli lagi.




Comments