PRN Johor, N Sembilan: Kerjasama PH-BN di pusat bertahan selama diperlukan
- Akmal Manaf

- 7 hours ago
- 2 min read

Ketua Cabang KEADILAN Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman (gambar) berkata hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan sebelum ini berada dalam keadaan baik, namun keadaan mula berubah apabila BN Johor mengambil pendirian untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Tak ada masalah kerjasama (PH-BN) elok (sahaja) tapi di mana mulanya bau keretakan atau gangguan terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan ini?
"Ia bermula dengan ego UMNO. Saya tahu apabila saya bercakap ini, ramai kawan-kawan UMNO akan melenting, tapi apa yang saya nak sebutkan ini adalah fakta.
"Kerjasama PH dan BN cukup baik, tetapi ia mula retak apabila UMNO Johor atau lebih tepat saya katakan BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi (DUN). Jadi (keretakan) bukanlah datang daripada PH tapi BN," katanya dalam satu siaran video.
Dalam pada itu, Syed Badli berkata, PH semestinya memberikan reaksi balas susulan dua perkembangan yang berlaku, iaitu apabila Datuk Seri Jalaluddin Alias menarik sokongan di Negeri Sembilan dan pendirian UMNO-BN Johor untuk bertanding di kesemua 56 kerusi DUN.
"Mestilah PH akan ‘react’. Kita sedia bertempur di semua 56 kerusi kerana memang PH bersedia untuk bertempur. Kita berkawan berpada-pada, tetapi kalau nak bertempur, kita pantang mundur.
"Bagaimana pula kerjasama di peringkat persekutuan? Kerjasama Kerajaan MADANI setakat ini di peringkat pusat diteruskan seperti biasa.
"Berapa lama? Satu atau dua bulan? (Jawapannya) seberapa lama yang boleh selagi PH boleh bersama, kerana bukan PH yang memulakan segalanya, tetapi mereka," katanya lagi.
Untuk rekod, Negeri Sembilan menyusul Johor membubarkan DUN berkuatkuasa hari ini. Berkemungkinan besar PH dan BN akan bergerak solo di Negeri Sembilan yang menimbulkan spekulasi mengenai hubungan kerjasama di peringkat Persekutuan menuju Pilihan Raya Umum ke 16, yang dijangka diadakan pada tahun depan.




I found eggy car through a gaming forum recommendation and ended up playing much longer than expected. Unlocking new vehicles keeps the gameplay interesting.
The best thing about Drive Mad is the constant sense of progress. Even failed attempts help you understand the track a little better.