Turun harga diesel: PM dengar suara akar umbi parti, rakyat - Syed Badli
- Akmal Manaf

- 1 hour ago
- 1 min read

KEADILAN Cabang Titiwangsa menyifatkan keputusan Kerajaan MADANI menurunkan harga diesel kepada RM2.10 seliter dan melaksanakan subsidi diesel bersasar menerusi BUDI MADANI, membuktikan kerajaan mendengar dan mengambil langkah yang betul terhadap keluh kesah rakyat berhubung kos sara hidup.
Menyambut baik langkah kerajaan menurun harga diesel itu, Ketua Cabang KEADILAN Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman (gambar) menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sudi mendengar suara akar umbi parti dalam memperjuangkan nasib rakyat.
"Cabang Titiwangsa menerusi Mesyuarat Agung Tahunan Cabang yang berlangsung pada 12 April lalu telah mengusulkan tiga perkara iaitu penstrukturan semula bantuan diesel, memperkenalkan kaedah subsidi bersasar dan menurunkan cukai jalan untuk pengguna diesel.
"Sikap terbuka Perdana Menteri untuk mempertimbangkan cadangan kami seterusnya melaksanakan saranan ini menunjukkan bahawa beliau amatlah prihatin akan keluh kesah rakyat.
"Justeru, kami berharap agar rakyat terus memberikan kepercayaan kepada Kerajaan MADANI dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar untuk menerajui pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan.
Harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter daripada 2.15 seliter mulai Julai depan.
Perkara tersebut diumumkan PM pada satu majlis di Bintulu, Sarawak semalam, dan penurunan harga itu akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad seperti dilaksanakan melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Kementerian Kewangan (MOF) melalui kenyataan media memaklumkan, melalui pembaharuan ini rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan




Comments