top of page

Berita


Tahun Baharu Cina: Perkukuh semangat muhibah, tingkat rasa hormat - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memperkukuh keharmonian dan semangat muhibah sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 sambil menegaskan kepentingan rasa hormat serta ihsan dalam mendepani cabaran semasa. Dalam perutusan khas sempena Tahun Kuda, Perdana Menteri berkata perayaan itu sentiasa mengingatkan rakyat tentang makna kemakmuran, harapan dan kekuatan untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan. Menurutnya, Tahun Kuda melambangkan

Suara Keadilan
Feb 171 min read


Usah masuk campur urusan parti lain, KEADILAN fokus bina kekuatan sendiri
Oleh: Noraini Nordin ULASAN BERITA: Reaksi Perdana Menteri terhadap kemelut dalam Bersatu yang mengakibatkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipecat cukup ringkas, tetapi mempunyai maksud yang mendalam kepada KEADILAN. Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, 'biar mereka bergaduh dahulu'. Komen beliau yang ringkas itu bukan saja memberi maksud enggan masuk campur urusan parti lain, tetapi juga memberi isyarat kepada KEADILAN agar terus menumpukan kepada kekuatan sen

Suara Keadilan
Feb 162 min read


Kekuatan dalaman teras keutuhan KEADILAN - Anwar
DS Anwar menyampaikan amanat kepada KEADILAN Johor dalam perjumpaan tertutup di Johor Bahru Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kekuatan dalaman parti merupakan tunjang utama kepada keutuhan organisasi serta kestabilan politik negara. Beliau berkata demikian ketika singgah sebentar di Johor Bahru bagi menghadiri perjumpaan tertutup bersama KEADILAN Negeri Johor, semalam. Dalam ucapannya, Anwar menekankan bahawa kebersamaan ya

Suara Keadilan
Feb 161 min read


PM Anwar arah projek skala kecil seluruh negara dipantau rapi
DS Anwar merasmikan majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pontian bersama menteri Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemantauan dilaksanakan di semua projek-projek berskala kecil di setiap daerah seluruh negara. Beliau berkata, pelaksanaan projek kecil di semua daerah seluruh negara perlu dipercepat bagi membolehkan rakyat mendapat manfaatnya. "Orang senang dengan pengumuman projek raksasa, penting bagi negara, tapi rakyat senang kalau longkang

Suara Keadilan
Feb 161 min read


Utamakan keamanan, perpaduan demi masa depan anak bangsa
DS Anwar melaungkan ungkapan anak Melayu, anak Cina, anak India, anak saya di SMJKC Khantan Baru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya terus memelihara keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat majmuk demi memastikan Malaysia kekal aman serta terus maju. Beliau berkata, setiap negara pasti berdepan cabaran dan masalah, namun ia harus ditangani dengan semangat kekeluargaan. "Mana-mana negara memang ada masalah. Kita jaga rumah pun kadang-kadang suami

Suara Keadilan
Feb 152 min read


Umat Islam tingkat martabat diri sepanjang Ramadan - Anwar
DS Anwar berucap pada Majlis Santuni MADANI dan Sambutan Ihya’ Ramadan Warga Padang Rengas bersama Perdana Menteri di Arena Kampung Chuar, Kati, dekat Padang Rengas, Perak Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya mengambil peluang menjalani ibadah puasa bagi meningkatkan martabat diri bersempena Ramadan yang bakal menjelang beberapa hari lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masyarakat Islam seharusnya memanfaatkan sepenuhnya bulan Ramadan dengan berusaha

Suara Keadilan
Feb 151 min read


KEADILAN dalam kedudukan terbaik dalam politik negara - PM
DS Anwar berucap dalam Konvensyen KEADILAN Kedah di Alor Setar, semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ketika ini berada pada tahap terbaik dan perlu dimanfaatkan untuk terus memperkukuh kekuatan di peringkat cabang serta negeri. Menurutnya, keadaan semasa ini penting bagi mengekalkan dan mengukuhkan cabang parti sebagai asas kekuatan parti tambahan parti-parti lain khususnya pembangkang, dilihat dalam keadaan

Suara Keadilan
Feb 141 min read
bottom of page
