top of page

PM Anwar arah projek skala kecil seluruh negara dipantau rapi

  • 4 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar merasmikan majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pontian bersama menteri Kabinet
DS Anwar merasmikan majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pontian bersama menteri Kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemantauan dilaksanakan di semua projek-projek berskala kecil di setiap daerah seluruh negara.


Beliau berkata, pelaksanaan projek kecil di semua daerah seluruh negara perlu dipercepat bagi membolehkan rakyat mendapat manfaatnya.


"Orang senang dengan pengumuman projek raksasa, penting bagi negara, tapi rakyat senang kalau longkang diperbaiki, jalan berlubang dibaiki, surau diperbaiki.


"Dan kita harus juga mendengar keluhan rakyat, dan ini keutamaan mulai Januari 2026. Projek-projek kecil perlu dilaksanakan segera," katanya dipetik.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pontian dan Karnival Rakyat MADANI yang diadakan semalam.


Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.


Bagi pembinaan bangunan tambahan Hospital Pontian, Perdana Menteri turut mengarahkan supaya projek itu dipercepat dan dikategorikan sebagai projek 'fast track'.


Pelaksana dan kontraktor projek fasiliti kesihatan turut diingatkan supaya menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti serta memastikan tidak berlaku ketirisan.


"Jangan bocor, jangan tiris dan buat tender proses betul-betul, biar bermanfaat kepada rakyat. Dalam Kerajaan MADANI, saya tidak tolak ansur… selagi kita dapat amanah, jalankan pentadbiran negeri ini dengan bersih dan cekap untuk faedah rakyat," tambah beliau.


Pada majlis sama, Anwar turut meluluskan peruntukan segera berjumlah RM2 juta bagi pelaksanaan kemudahan asas dan surau di daerah Pontian.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page