top of page

KEADILAN dalam kedudukan terbaik dalam politik negara - PM

  • 3 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar berucap dalam Konvensyen KEADILAN Kedah di Alor Setar, semalam
DS Anwar berucap dalam Konvensyen KEADILAN Kedah di Alor Setar, semalam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ketika ini berada pada tahap terbaik dan perlu dimanfaatkan untuk terus memperkukuh kekuatan di peringkat cabang serta negeri.


Menurutnya, keadaan semasa ini penting bagi mengekalkan dan mengukuhkan cabang parti sebagai asas kekuatan parti tambahan parti-parti lain khususnya pembangkang, dilihat dalam keadaan tidak stabil.


"KEADILAN berada pada tahap terbaik sekarang, jadi bagaimana hendak kukuhkan parti dan cabang. Latihan untuk ahli baharu perlu diterima dan mereka perlu mengikuti beberapa program parti, jangan anggap bila sudah menyertai parti, semuanya sudah diketahui.


"Bagi ahli lama pula, kepimpinan khas akan memastikan mereka diberi panduan bagi memperkukuh organisasi parti," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen KEADILAN Kedah di Alor Setar pada Jumaat.


Menerusi ucapannya juga, beliau menegaskan, kekuatan parti tidak boleh bergantung kepada individu semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama berpasukan dan disiplin dalam organisasi.


Dalam masa sama beliau turut menyeru agar parti lebih aktif menyantuni golongan wanita dan veteran sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sokongan akar umbi.


"Dengan rekod pentadbiran serta tadbir urus yang ditunjukkan, KEADILAN berpotensi bangkit sebagai kekuatan politik yang lebih kukuh pada masa akan datang," tambahnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page