Polis perlu siasat Azam Baki, bukan penunjuk perasaan
Tindakan berterusan pihak polis memanggil untuk siasatan ke atas peserta demonstrasi #TangkapAzamBaki sejak beberapa hari lalu menimbulkan tanda tanya apakah keutamaan pihak berkuasa di Malaysia. Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Manivanan Gowin, pihak polis seharusnya menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang telah pun dibuat beberapa laporan polis ke atas beliau terkait isu pemilikan sejumlah besar s