top of page

Himpunan tamat: Anak muda akan beraksi hingga Azam ditangkap - Pemuda PH



Anak muda akan meneruskan aksi protes biar pun himpunan pagi tadi tidak mencapai matlamat untuk berarak ke Masjid Negara dan Dataran Merdeka.


Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Howard Lee dalam ucapannya menegaskan anak muda tidak akan berundur dan terus bertekad untuk menyelamatkan maruah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"Pagi ini ramai yang tanya kita, tak takutkah ditangkap polis? Tidak takutkah kena Covid?

Howard Lee, kehancuran negara menakutkan

"Kita takut, tetapi kita lebih takut sekiranya negara kita hancur. Apakah tindakan kita? Hari ini anak muda bertindak turun ke jalan raya, kita tunjuk perasaan. Kita menyuarakan suara amarah rakyat


"Kerajaan dengarlah suara anak muda. Kita nak kembalikan maruah SPRM. Anak muda akan terus beraksi sehingga Azam Baki berundur," katanya.


Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda pula menegaskan anak muda tidak mengira parti politik hari ini telah menunjukkan kejijikan mereka terhadap pelakuan rasuah dengan turun ke perhimpunan #TangkapAzamBaki.


Beliau mengharapkan agar kerajaan BN selepas ini berubah pendirian untuk melakukan siasatan lebih telus terhadap Azam.


"Hari ini anak muda berkumpul tanpa mengira parti politik, NGO dan pertubuhan.


"Kita berhimpun hari ini bukan hanya nak melawan Azam Baki. Kita berkumpul untuk melawan sistem yang korup dan bermasalah. Kita nak melawan sistem yang dibina oleh BN yang membenarkan manusia seperti Azam Baki wujud dalam sistem itu.


"Apa yang kta lakukan hari ini perlu kita teruskan pada masa akan datang," katanya.

Hasbie Muda ikrar terus protes

Ikon anak muda KEADILAN, Adam Adli pula berkata skandal Azam Baki mencatat rekod kerana dilindungi dari satu institusi ke satu institusi lain yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara bagi seorang pegawai tinggi awam, bukan ahli politik.


""Ini soal institusi, rosak sampai ke akar. Kita bukan lagi cakap pasal seorang individu.


"Kita tengok dari satu institusi ke satu institusi melindungi satu perkara yang tak sepatutnya berlaku.


"Ini masalah besar, tak kan kita tak sedar lagi," katanya.


Sementara itu wakil dari Angkatan Muda KEADILAN berkata, Azam Baki sepatutnya menjadi contoh tauladan baik kepada anak muda, bukannya terlibat dalam salah laku.


"Ketua SPRM sebagai penjawat awam sepatutnya menjadi ikon kepada anak muda Malaysia. Tetapi apa yang mendukacitakan kita ketua SPRM, beliau telah melakukan kesalahan.


"Kami anak muda dalam KEADILAN bersama mahasiswa, NGO dan juga parti politik lain menuntut agar kerajaan merehatkan Azam Baki agar SPRM dapat dibersihkan dengan baik," katanya.


Wakil NGO pula mahu kerajaan BN tidak meneruskan perangai lama era Perdana Menteri sebelum ini yang mendiamkan kes kes berprofail tinggi tetapi menyegerakn kes yang melibatkan orang bawahan.


Gimik penguatkuasa ditahan dan dirantai kerana melakukan rasuah

Tunjuk perasaan tersebut berakhir di Stesen LRT Bangsar pada pukul 12.40 dengan anak muda melakukan gimik menangkap dan merantai seorang anggota penguatkuasa.


Beliau dirantai dan diiringi sepanjang jalan bagi menunjukkan salahlaku korupsi sesuatu yang serius dan tidak boleh dikompromikan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page