Siasatan polis bertentangan demokrasi, hak bersuara?



Himpunan 20 Januari lalu bagi menyerah memorandum anak muda menentang dakwaan salah laku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepada Ahli ahli Parlimen di jalan masuk ke Bangunan Parlimen tidak seharusnya dianggap sebagai satu kesalahan.


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah (gambar, kanan) berkata, perhimpunan aman sama sekali tidak menyalahi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan lalu, katanya, di atas dasar apakah pihak polis menyiasat peserta perhimpunan atau wakil rakyat yang turun menerima memorandum pada hari berkenaan.


"Saya rasa siasatan ini tidak perlu dijalankan kerana ini melanggar demokrasi.


"Dalam Perlembagaan kita ada hak untuk berhimpun dan juga hak untuk bersuara. Saya harap polis akan batalkan siasatan kepada bukan sahaja Ahli Parlimen tetapi juga peserta bantah #TangkapAzamBaki kerana ini (siasatan) tidak diperlukan," katanya kepada wartawan selepas menghadiri sesi soal siasat di IPD Dang Wangi, pagi tadi.


Menurut Maria lagi, Azam Baki adalah individu yang sepatutnya menjawab persoalan mengenai pemilikan sahamnya kepada rakyat lantaran beliau penjawat awam, bukannya peserta perhimpunan dipaksa menjawab apakah sebab mereka membantah.


"Saya rasa dia (Azam) tidak boleh tidak menjawab soalan. Kita dah timbul dalam media, dalam Parlimen. Semua statement kita ada, tetapi dia tidak jawab.


"Bagi saya semua yang turun himpunan #TangkapAzamBaki apa salahnya kalau kita sebagai rakyat bertanya (mengenai skandal Ketua Pesuruhjaya SPRM).


"Ini menyentuh integriti (penjawat awam)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER