top of page

Demo aman: Mengapa kerajaan Keluarga Malaysia takut sangat? - Pemuda Amanah



Pasukan Peguam Muda Amanah tertanya tanya adakah Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob takut kepada demonstrasi aman yang akan dianjurkan pada Sabtu ini sehingga pihak yang mahu memberi bantuan guaman percuma sewaktu demo #TangkapAzamBaki disiasat polis.


Menurut jurucakap Peguam Muda Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda, tunjuk perasaan yang diperkatakan oleh beliau dan rakan rakannya dalam sidang media semalam, dibenarkan undang undang dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


"Hari ini kami selesai memberi keterangan kepada pohak polis.


"Tetapi apa yang kami nak sampaikan di sini ialah kerajaan yang ada hari ini, 'Kerajaan Keluarga Malaysia' seolah olah takut dengan apa yang hendak digerakkan oleh anak muda. Ini adalah tunjuk perasaan aman dan dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.


"Dengan segala tindakan yang diambil, intimidasi yang dibuat, bagi saya ini satu bukti Kerajaan Keluarga Malaysia tidak mengalu alukan demontrasi aman yang hendak dibuat anak muda," katanya kepada wartawan di hadapan IPD Dang Wangi, tengah hari tadi.


Turut disiasat polis adalah Naib Ketua Pemuda AMANAH, saudara Zubair dan Pengarah Mobilisasi Pemuda AMANAH, saudara Abbas Azmi..


Dalam pada itu, Umar menegaskan pihaknya akan menulis surat kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) berhubung kenyataan mereka semalam yang seolah olah melepaskan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki daripada sebarang salah laku berkaitan urusan pembelian saham yang dipertikaikan.


"Kita akan menulis kepada SC yang menyatakan there's no conclusive evidence .... kita tidak puas hati dengan kenyataan media yang dikeluarkan ini. Oleh itu dengan semangat rakyat Malaysia kita berhak mendapat jawapan lebih tuntas.


"Satu lagi, apabila kenyataan media itu keluar, adakah ini satu bentuk keputusan oleh SC atau sekadar kenyataan media yang menyatakan siasatan lanjut akan dibuat.


"Kami Pemuda Amanah akan menulis terus ke SC untuk mendapatkan jawapan muktamad," katanya.


Beliau berkata, sekiranya SC telah membuat keputusan menamatkan siasatan maka ada beberapa cara lain yang boleh dilakukan untuk mendapatkan keadilan, termasuk semakan kehakiman atau tindakan undang undang ke atas SC atau Azam Baki.


"Ini adalah antara cara Pemuda Amanah sedang melihat, apa cara yang kita boleh jalankan untuk selamatkan SPRM dan Malaysia," katanya lagi.


Ketiga tiga mereka tengah hari tadi disiasat polis di bawah Seksyen 504 Kanun Kesiksaan serta seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page