top of page

Ratusan peserta himpunan TangkapAzamBaki cuba bergerak ke Masjid Negara



Ratusan peserta himpunan #TangkapAzamBaki telah bergerak ke arah Masjid Negara dan berada di persimpangan Jalan Travers - Jalan Bangsar selepas mereka bermula dari stesen LRT Bangsar pada jam 11.00 pagi tadi.


Peserta kebanyakannya mengenakan baju T hitam dan mengangkat pelbagai sepanduk mengecam Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki


Kebanyakan peserta melaungkan 'tangkap Azam Baki' selain membawa sepanduk mahu kerajaan melakukan tindakan tegas.


Demonstrasi kali ini juga diiringi paluan gendang dan nyanyian bersemangat mahu Azam Baki segera berundur dari jawatannya.



Beberapa bendera parti politik seperti KEADILAN, DAP, Amanah dan Pejuang dijulang ke udara. Manakala peserta tunjuk perasaan bukan sahaja anak muda tetapi juga warga emas yang benci melihat masalah rasuah dan korupsi yang tidak pernah berakhir di Malaysia.


Peserta kemudian terhenti di persimpangan Jalan Bangsa - Jalan Travers menuju ke Masjid Negara akibat sekatan polis.


Kira kira 300 peserta demonstrasi melakukan duduk bantah mendengar ucapan wakil wakil himpunan di sini yang mengecam kerajaan BN kerana melindungi Ketua Pesuruhjaya SPRM.



Manakala wakil penganjur himpunan cuba berunding dengan pihak polis untuk meneruskan perarakan ke Masjid Negara.


Semalam, polis memperoleh perintah mahkamah tujuh hari yang melarang bantahan di Dataran Merdeka, pusat beli-belah Sogo dan Masjid Jamek di Kuala Lumpur.


Sehubungan itu, lokasi himpunan dialihkan ke Stesen LRT Bangsar



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page